Wednesday 19 December 2007

Assalamualaikum wrb wt.


hmm, i really neglected this blog.
wayy too long. and i've lost count.
haha. funny -.-"

haish. who am i supposed to turn to?
someone who i really can run to?
tell all my problems, get kissed on the forehead and hear soothing words
who would hold my hands and embrace me with love,
whenever i feel so scared, alone.
not feeling loved?

who was i trying to kid all this while?
who am i, to even think of having someone to love me?
who am i, to even have the thought of loving someone else's boyfriend?
what was i thinking?

is it just me, or was it really your fault?
you were there when i needed someone.
when i lost someone, to be precise.
you were always there, with her, just to make me feel nice again
to see the brighter side of life.
and you made me realize, losing him means gaining new friends.
multiple friends.
how i cherished that moment.

we grew closer and fonder since she went abroad again.
erm, i guess what i'm trying to say was
i love my new besty.
ahaks. i mean!!
throughout the hectic 7 weeks of in-campus,
never did my attention got over you for long.
(see, that's the credits you get if you're my friend)
sometimes, usually i'd be the naughty one being stubborn
and you'd be the angelic one.
oh how i love those times.

but now, all i can see is pure darkness
gloom surrounding filled with endless silence
maybe you're just getting tired of me.
maybe you never want to be my friend again.
you sensed it. you know it.

you ever asked me, did anyone touched my heart?
and my answers would just be the same.
can't you see it? or was it just me who's blind?
i didn't notice that you're actually trying to get me off
and it was my fault that i got the wrong signals.
i thought i'd be the world, to be there for you always.
but i forgot that true love stays strong
and arguments were some glitches to make true love even stronger.
i know it now. all this while, the words you said to me
were just something for me to hold on and keep moving
never thought i'd be so naive and weak so as to keep depending on it
i see it now. i see where's it coming.
i just knew. i'm not scared if you were to ever come across my page
because i knew you never will...

i just realize.. that all those times, those words you said to me
were just words.......

Wednesday 31 October 2007

Assalamualaikum wrb wt.





heyys. lama benar ku tinggalkan kekasihku ni.

ada dalam dua bulan lebih kan?

hmm. sesungguhnya ia satu masa yang agak lama.

dan dalam masa ini ada pelbagai perkara yang berlaku.



bulan lepas, ku menjejakkan kaki ke alam 18 tahun.

bulan lepas, aku ditinggalkan si 'cinta'

bulan lepas, aku dikecewakan.

bulan lepas, kita menyambut Ramadhan

bulan lepas, aku dimasukkan ke hospital.



bulan ni, kita sambut kedatangan Syawal

bulan ni, aku kembali semula ke sekolah.

bulan ni, banyak kerja sekolah yang perlu disiapkan.

bulan ni, aku cuba menjadi seseorang yang tabah...



--------------------------------------------------



sekarang ni, tengah bosan sangat.

kita kat dalam bilik komputer, ada 'CDP lesson'

memandangkan ku takde kerja nak buat,

ku jenguk lah sebentar kekasihku ni.

cian dia, terbiar sekian lama.

ok next!



Jumaat ni ada pementasan kat Esplanade.

tak tau sis aQil & sis Nora jadi pergi ke tak.

Sabtu, pakcikku buat rumah terbuka.

Ahad, senarainya makin bertambah plak...



ku ada 7 minggu persekolahan aje.

dan semakin hari, aku semakin sihat dan kuat.

eh bukanlah. memandangkan waktu singkat, para asatizah (chey) terpaksa mengetatkan jadual

para pelajar agar mempunyai lebih masa untuk mengajar.




okaylah. waktu bermain dah habis.

kang cikgu nampak ku buka ni, mampos.

wassalam =)

Monday 20 August 2007

Assalamualaikum wrb wt.

heyys. hoyys.
tak terasa sungguh kehadiran hujung minggu.
macam angin yang berlalu gitu.
chedebah.

sabtu lepas, Ramen Ten menjadi lokasi terpilih kali ini.
wah. cam rancangan 'Mari Makan' plak eh.
sekian lama ku simpan niat di hati untuk makan di situ, akhirnya tercapai jua.
ku bersama sis Abshah, bro Raihan & bro Mail.
tak terkata rasanya bila dah sampai kat situ.
punyalah sukar untuk kita pilih makanan.

jangan ehh.~ sukar sey.

nak pilih makanan aje dah nak masuk satu jam.
nasib baik masa nak tunggu makanan sampai tak lah lama sangat.
ish ish.
alhamdulillah, ku rasa puas dengan makanan yang dipilih.
malangnya ku terlupa nama makanan tersebut.
dan sayangnya, tak ambil gambar plak nak buat kenangan terindah =P
aiseyotromen!
tak akan ku lupakan saat-saat manis menelan ikan salmon dengan rasa nak tak nak.
balek ku singgah Causeway Point jap.

semalam, teman sekolah yang sama kumpulan dengan ku dah selamat bertunang.
alhamdulillah, semoga berbahagia dan berkekalan ke akhirnya, inshaAllah.
hehee. temanku yang bertunang, hatiku plak yang bergetar.
last warning eh ayn.
sesungguhnya dunia ini memang tak besar eh.
sejauh mana kita pergi atau berapa ramai teman yang kita kenali,
kalau dibuat carta hidup, alangkah 'indahnya' bila korang dapat tahu
si dekni sedare ngan si dektu, yang ni nyer bapak kawan rapat ngan yang itu nyer bapak.
macam-macam lah.
jangan macam paham dah okay.

hari ini ku mulakan tugasan di IMH.
memandangkan hari ini hari pertama, kita cuma ada sesi orientasi aje.
sebelum sampai kat situ, rasa seronok banget.
bila dah cuba masuk ke dalam wad, dah jejakkan kaki kat situ.
aku rasa aku nak keje kat hospital biasa aje.
small favour ar.
gementar yang aku rasa, ya Allah. jangan ditanya.
tak dapat ku nak luahkan dengan kekata. ish ish.
ni baru permulaan aje. doakan yang terbaik untukku ye.

hmm, okaylah. ana terpaksa undur diri.
esok nak kena bangun awal sangat. agaknya bila korang baru nak tido
ku baru bangun agaknya. ish ish.
jaga diri. pape sampaikan pesanan.
mana-mana cara yang memudahkan ye.
Wassalam =)

Monday 13 August 2007


Assalamualaikum wrb wt.

hmm. minggu ni rasa macam pendek plak eh.
hari Isnin lepas, sekolahku diumumkan tutup buat sehari.
jadi takyah aku bertugas hari tu.

hari Selasa, ku bertugas syif pagi (seingatku lah eh)

hari Rabu, ku ada latihan Sims di sekolahku.
dari jam 8 pagi hingga ke 2 petang.
sepatutnya sampai kul 4, tapi memandangkan hari itu di ambang Hari Kemerdekaan
sesi persekolahan dibuka setengah hari aje.
alhamdulillah.
petangnya ku bertemu dengan si manis. nak berikan dia kad undangan dari Ustaz Amin.
kemudian dia ikut ku pulang sebentar sebelum keluar semula, ingatkan nak jalan-jalan jap.
tapi keadaan ada sikit cemburu. kita berpisah di Woodlands.
dia beransur pulang, ku beransur pergi bertemu dengan sang beruang.

untuk apa? seperti biasalah, kalau ku jumpa dia, hanyalah untuk makan bersama semata-mata.

hari Khamis. cuti umum. sesape yang kena kerja tu,
tak dapat ku nak tolong eh.
ku merewangkan diri di majlis perkahwinan 'abang tersayang' kita.
Sisters semuanya mengenakan baju berwarna merah jambu.
nasib baik tak pakai warna hijau. nanti jauh plak dari warna temanya iaitu ungu.
jangan ehh~ ungu tau. bukan ungun atau unggun.

oh abang hensem, kamu nampak jambu masa tu eh.
maintain selalu eh shu :p
malamnya, ku bersama sang beruang menyaksikan pertunjukan bunga api.
sekali lagi ku katakan.
saya pergi tengok bunga api pakai baju kurung.
jangan ehh. small favour ah.
pertama kali ku semangat tengok bunga api.
sang beruang janji nak jumpa teman sekelab di satu tempat.
disebabkan tak tau camner nak pergi situ dan talian resepsi pun sibuk sesangat
kita berdua berdiri ajelah di celah-celah keramaian.
bila nak balik, ada sesuatu terjadi. tapi rasanya macam malas nak ceritakan.
tapi ku tanya satu soalan aje nanti.



**kau esok kerja pagi. dan kau nak balik cepat.
jadi kau tak boleh nak hantar aku balik memandangkan masa yang suntuk.
tapi dalam perjalanan pulang tu, aku rasa sakit sangat.
tak tertahan rasanya sampai kau sendiri nampak airmata aku menitis.
aku seperti tak sedarkan diri masa tu.
di dalam MRT tu, aku biarkan diriku di pelukanmu.
aku biarkan orang ramai memandang. si gadis bertudung dipeluk oleh temannya.
biar orang fikir aku tak tahu malu.
aku harapkan kehangatan tubuhmu mampu mengubat rasa sakit yang aku tanggung.
aku ingatkan kau sanggup nak hantar aku pulang.
tapi kau cadangkan aku turun di 'mahattah' mu dan kau akan berikan aku duit untuk naik teksi.
aku rasa aku menangis bukan kerana sakitnya diri, tapi sakitnya sekeping hati.
kau hanya hantar aku hingga ke 'mahattah' ku dan biarkan aku jalan sendiri dengan kesakitan yang ada.
kau pula hanya tengok dari atas kemudian naik MRT untuk pulang semula.
kau kata kau sayang.
tapi inikah cara yang terbaik untuk kau tunjukkan yang kau kasihkan aku?
**


hmm. maaflah ye. aku melalut plak sekejap.
nasib baik hari Jumaat ku kerja syif petang.
bolehlah bangun lambat sikit.

hari Sabtu, aku keluar lagi dengan sang beruang.
temankan dia ke AH. kemudian beransur ke Bugis untuk makan dan beli barang keperluan dia.
ku bertemu dengan makcik serta sepupuku di TKC.
nak ambil ukuran badan untuk tempahan baju bagi majlis nanti.
lepas tu, ku beransur ke CCK dengan sang beruang untuk menyaksikan cerita 'Rush Hour 3'.
jalan cerita boleh tahan juga.
tak banyak adegan yang ada aksi hebat. banyak adegan yang kelakar aje.
dalam jam 9, ku sampai di rumah.

hari ni plak, ku duduk kat rumah aje.
pagi ke madrasah. petang ku buka kelas bermimpi.
malam. baca buku sebentar.
sekarang. aku sedang habiskan entri kali ini.

esok dan dua hari lagi, ku kerja syif petang.
khamis dan jumaat syif pagi.
untuk 2 minggu depan, aku akan bertugas di IMH.
nak kena habiskan buku kemahiranku minggu ni.
seberapa banyak yang mungkin.
doakan yang terbaik buatku.

Amin.


Wassalam =)


Sunday 29 July 2007

Assalamualaikum wrb wt.


macam tak terasa pula waktu hujung minggu ni berlalu.
bila sedang bekerja, asyik terfikir aje bila nak hujung minggu.
bila dah tiba saatnya, seperti angin berlalu begitu saja.
cey, berkias plak eh makcik nie.

Rabu lepas, ku berpeluang untuk masuk ke tempat bayi
yang diberi nama 'Nursery'.
sepanjang hari ku kerja di dalam. rasanya seronok sangat.
rasa gerun juga bila harus mandikan bayi. berharga sekali. menggigil rasanya bila kak ayn harus mendukung bayi dan mandikannya. lembut sungguh. ish ish.
kalau ada yang menangis, berilah mereka susu. hee.

hari khamis plak, ku di wad semula. syif petang.
hari tu, ku seorang aje pelajar ITE yang bertugas. ish ish. sungguh membosankan. ish ish.
entah kenapa hari tu tak banyak sangat kerja yang dilakukan.
haha. maklumlah, ku diberi tugas untuk menjaga 2 bilik yang hampir kosong.
8 buah katil semuanya, tapi cuma 2 katil saja yang ada penghuni.
nak jaga apa pun ana tak tahu eh. rasanya lebih bagus kalau ana bua kerja sendiri.
nak bergaul dengan pelajar nYP, mereka lebih seronok buat kerja sendiri juga.

hari Jumaat, ku bertugas syif pagi.
dan ku bertugas di wad 22. 'Delivery Suite'.
ana rasa kalau korang dengar perkataan 'suite' tu, mesti dah terbayang
bagaimana rupa wad tersebut. aduhai. ana rasa bilik hotel pun kalah sey.
sebelah pagi, ana dapat menyaksikan satu pembedahan yang digelar pembedahan 'Caesarean'.
ia boleh menjadi satu permintaan dari pesakit yang tak mahu rasa sakit ketika bersalin.
ataupun kadang-kala ia menjadi satu keharusan bagi seorang pesakit tu jika ingin selamatkan kandungannya.

chey! doktor ayam bercakap jap.
nasib baik ana tak pengsan ketika itu. terlampau banyak sangat darah yang ada.
tapi alhamdulillah, pembedahan tu berjaya. rezeki si pesakit tu.
ini adalah kandungan yang kedua.
yang pertama beberapa tahun dulu tidak dapat diselamatkan atas sebab tertentu.

sebelah petang pula, ku dapat saksikan cara bersalin yang biasa.
sejak ku kembali semula dari bilik pembedahan, ku mula menunggu.
sampai makan pun cepat-cepat. takut terlepas peluang.
nasib baik tak tercekik. kang satu hal plak.
ish ish. alhamdulillah, dalam 2 petang gitu, ada pesakit yang dah tiba masanya nak bersalin.
kelam-kabut sekejap.
semuanya selesai sebelum jam 3 ptg.
masa untukku pulang.


maka, tamatlah secara rasmi 'Mother & Child' postingku ini.
esok ku akan bertugas di wad64, wad berhubung dengan 'Gastro'.
tak tau camner nak cakap.
dan harus ku kejarkan sebanyak kemahiran yang boleh dalam masa 3 minggu akan datang ni.
doakan yang terbaik buatku.

Wassalam =)

Tuesday 24 July 2007

Assalamualaikum wrb wt.

minggu ni dah masuk minggu kedua 'attachment'.
ku dah beralih ke ward 42 bagi 'Mother and Child posting'.
fuhh. posting kali ni ku dapat bekerja di dalam keadaan yang sejuk.
semalam ku kerja syif petang dengan Ana. dua pelajar saja di dalam wad tu.
nasib baik tak banyak kerja sangat.

hari ni, ku kerja bersama Ana di Klinik G. mula pada jam 8.30 pagi hingga ke 4.30 petang.
suasana di situ taklah membosankan. macam-macam kes yang ada, datang jumpa doktor yang bertugas.
dapatlah juga ku menyaksikan beberapa pemeriksaan yang dilakukan oleh si doktor ke atas pesakitnya.
sebelah pagi ku di bilik nombor 4, lepas waktu makan ku di bilik 3.
doktor bilik 3 ialah seorang wanita anggun. hehee. setiap beberapa minit, dapatlah korang melihatnya menyisir rambutnya.
ish ish, dah lawa dah cik kak oi.

suatu pengalaman yang menyeronokkan.
ku menanti saat-saat esok dengan penuh debaran.

Sekian. Wassalam =)

Sunday 8 July 2007

Assalamualaikum wrb wt.



holaa.

helo. hi.

chaak!

booooom!



maaf ler, dah lama tak celoteh kat sini.
rasa macam mim alep lam sin plak nak menaip kat sini.
kadang-kadang tu, dah mulakan mukadimah. tetapi mesti ada halangan yang harus ditempuhi dengan tabah.
contohnya adalah perhatian lebih ditumpukan kepada permainan komputer atau ade berlakunye kesilapan teknikal, akademik dan ekspres.

hmm.
esok dah mula semester persekolahan.
namun ku ada lagi seminggu cuti sebab kan ku nak masuk 'attachment'.
weeee! alangkah bahagianya bila ku masih punya waktu untuk tidur lewat.
hua hua hua.
harus ku menikmati detik-detik terakhir cutiku ini sebelum menempuhi dugaan yang bakal tiba bila di tempat kerja nanti.



imbasan.



lepas kertas terakhir hari tu, tap tup tip top, ku bergegas ke Al-Iman bersama Sis Nora.
beberapa minit sebelum Isyak, barulah penolong setiausaha tersayang sampai bersama temannya.
mesyuarat yang dijadualkan mula lepas Maghrib dimulakan pada jam 9malam dan berakhir pada jam 11.
esoknya, ku keluar bersama sang beruang dan temannya. berjalan di sekitar Sim Lim segi-empat. ku tak sedap hati pulak bila sang beruang dan temannya ingin mewarna 'riba atas' kesayangan menggunakan penyembur warna. penyembur dibeli di sebuah kedai seni. tapi apakan daya, kekataku dibalas dengan 'jangan takut lah. takde apa-apa yang akan terjadi'.
lusanya, ku terpaksa menemankan sang beruang ke Sim Lim segi-empat lagi untuk menghantar 'riba atas'nya yang telah jatuh sakit.

hah kan, dah ku katakan semalam. gara-gara tak menutup tempat penghubung dengan betul, semburan termasuk ke dalamnya. tu lahh. bijak ajaib sangat kan.

minggu kedua, ku tak keluar sesangat.
sekadar menemankannya ke klinik untuk pemeriksaan.
minggu ketiga. hari selasa petang ku ke Johor sebentar bersama ibuku. sekadar berjalan-jalan tukar angin dan hantar baju untuk dijahit. wehehee. dah lama ku tak jejak ke Johor.
hari Jumaat, ku ke masjid sebentar untuk mesyuarat kecil MYSPEX '07. ku bawa sekali kekasih cilikku bersama. aduhai. dah jadi macam mak budak plak ku pimpin si dia. dengan beg Barney yang ku pakai. lepas itu, ku hantarnya pulang ke rumah kemudian beransur ke Lot1 bersama sis Abshah & sis Nora.
semalam, ku bermain badminton bersama sis Abshah, sis Nora dan sang beruang (<--sekadar untuk menambahkan bilangan orang je). kita nak berlatih untuk pertandingan badminton MYSPEX '07 pada hari Sabtu depan. doakan kejayaan kami ye. chedebah.

tinggal seminggu aje lagi sebelum ku memakai seragam sekolah semula. 2 minggu pertama, ku akan ada 'posting' istimewa iaitu 'Paediatrics' dan 'Mother and Child' posting. alhamdulillah, tak usah ku ke KKH, kumpulanku bernasib baik. lebih sikit duit gajiku. hee.
kemudian, untuk 3 minggu, ku akan ke 'medical ward' sebelum ke IMH selama 2 minggu seterusnya dan 2 minggu di 'surgical ward'.

nampaknya, tu ajelah buat masa ni. tak tau bila lagi ku nak kemaskinikan diari maya ni. doakan agar ku selalu rajin lah eh. hee.
semoga berjumpa lagi eh.
kalau ade sesiapa yang merindui diri ini, janganlah segan untuk ajak ku keluar.
Sekian. Wassalam =)

Sunday 17 June 2007



Assalamualaikum wrb wt.

haiyakk!
ku dah sewel plak sekarang.
walaupun sang katil telah lama memanggil, namun ku gagahi jua untuk menaipkan satu entri baru khas untuk tatapan sang kancil. eh bukan. si kasut. hehe. jangan marah eh. nanti kene jual susah plak. siapa nak suapkan ku makan ayam nanti :P cepat sHu, cakap 'merepek tak layan'.

okay. nak mula di mana. hmm, ku sebenarnya ditugaskan untuk ambil kek yang ditempah di Yew Tee jam 5 ptg tapi td ku keluar rumah dalam jam 2ptg gitu. bosan lah duduk rumah (chet, belajar taknak tau. padahal exam hari Isnin). apa mau buat kan. ingatkan takde teman jadi ku membawa diriku ke Lot1. tup tup, sang beruang pun menelefonku, menyuruhku untuk menemaninya ke Yishun sebentar. dia pun bosan gak menunggu masa di masjid. lepas maghrib ada acara memasak.

lantas ku mengangkat kaki (kalau angkat camner nak jalan sey. makhluk terasing kot)
dan pergi ke Sembawang. kita dua pusing sana sini, gi Yishun, patah balik Sembawang, makcik kek kata takyah ambil kek, dalam jam 6 kita berjumpa pula dengan adik angkat sang beruang yang digelar Fidah.
kita pun berjalan ke Assyafaah.

blub sana sini, lepas maghrib kita berangkat ke daerah estet perumahan sangap. eh bukan. bro Wan. AYM adakan acara memasak ayam bersama yang pandai masak. maksudku, ada acara BBQ. kehadiranku sudah tentu akan membantu menambah bilangan orang yang hadir. cheydebah. tak tau malu sungguh kamu nie yer. cepat sHu, tolong smekdaun sikit si aYn ni. hmm, ramai juga lah yang ada. kecoh semacam. belum tgk lagi aYn kecoh kan. consferm bergegar. jualan raksasa nye gegaran pun takleh lawan eh sHu.
haha. cam paham.

secara keseluruhannya, boleh tahan lah kan. cuma aYn tak berkesempatan sangat nak beramah mesra alam dengan hadirin dan hadirat sekalian. mungkin masih ada lagi komunikasi penghadang atau terjemahan secara langsungnya 'communication barrier'. (mak oi, hancus sey bahasa :P) takpelah, inshaAllah ada umur panjang kita jumpa bawah blok.

ku pulang agak lewat juga td. sampai rumah dalam jam 12.15.
tu pun naik dua-lima puluh. kalo tk, takkan ku sampai ke rumah jam 11 :P
sHu nanti ingatkan aYn untuk bayar alek tau. jangan tak ingat.
nanti aYn ingatkan sHu okayy.

oraits lahh.
macam dah terlebih had plak taipan sang kucing kali ni eh.
hee. takpelah. yang baca pun sHu juga.
kalo bosan boleh takyah baca ar eh.
ku tak paksa. menyuruh aje.
kehkeh. gurauan berkasih aje tau abang hensem :P

pape tinggalkan pesanan.
Wassalam =)

p/s: sape ajar, kat atas letak video lagu pastu beri salam plak. bagus kan tu namanya.

Friday 15 June 2007

Assalamualaikum wrb wt.

chaak baa!
heh.
sekarang ni ku berada di alam kebosanan.
hari ni tak diperlukan ke sekolah.
sebab telah diisytiharkan sebagai Hari Ayn.
munyehehehe.
macam paham tu namanye.

hmm, buat masa ni takde pape yang nak diceritakan.
minggu depan cheq ado peperiksaan.
hari Isnin ada kertas PCA, esoknya ada kertas Sains Hayat.
ceydebah. diterjemahkan kepada Biology.
then hari seterus dan seterusnya, ku akan duduk di rumah untuk menghabiskan beras mak.
kweng kweng kweng.
barangsiapa yang ingin mengajakku keluar, dipersilakan dengan segala hormatnya.
sHu, jangan tak ajakku keluar ye. ku tahu kau rindu aku kan.
hehee.

hmm, hari selasa lepas kertas ada 'briefing'. consferm lambat habis. nak dengar SH berceloteh lagi. lepas tu terus kena gi Al-Iman.
penolong setiausaha kena hadir ke mesyuarat agung.
tanpanya, maka akan tiadalah minit mesyuarat untuk hari itu.
heee. menyampahnye.

jap lagi ku nak keluar.
nak gi Iman jap pastu gi Plaza.
nak belajar untuk peperiksaan yang bakal menjelang.
chey. cam paham.
sesiapa yang rajin, turun ler ke Plaza eh.

okay orait. di sini duluan.
nanti ku 'up-to-date'kan lagi
pape tinggalkan pesanan.
Wassalam =)

Wednesday 6 June 2007

Assalamualaikum wrb wt.

chaak!
tak takot kan.
tau takpe.
ok merepek.

di sini ku berdiri. eh bukan. ku duduk di atas kerusi di hadapan 'riba atas' atau terjemahan secara langsungnya adalah 'laptop'. maaf jika ada pihak yang keliru.
saya di sini ingin mengumumkan bahawa esok saya sekolah.
chet. dah macam pengumuman nampak anak bulan plak. kehkhe.
yelah yelah. ku bersungguh-sungguh nie.

di sini ku duduk, untuk kemaskinikan diari mayakus yang dibiarkan sendiri di pinggiran Aidilfitri. eh bukanlah. 'last warning' eh Ayn.
yelah, ku meminta maaf kepada si kasut dan sitikus kerana membuatmu membaca dan menunggu kehadiran 'entry' yang terkini. (tk ikhlas sungguh)
maaf eh sis Shu dgn bro Mail =P
'nie ku nak 'update' nie hah.. nampak tak?

hmm, alhamdulillah, acara 'Nite Cycling' berjalan dengan agak lancar walaupun sudah menjadi fitrahnya sesuatu perkara tu mesti ada yang berlaku di sebalik tabir. terharu juga bila ku lihat jumlah peserta yang hadir malam tu. yelah, semasa mesyuarat agung yang terakhir, semua rasa gerun dan bimbang dengan jumlah peserta yang sedia ada. tak mencapai sasaran yang ditetapkan. tapi alhamdulillah, berkat usaha semua yang terlibat nampaknya membuahkan hasil.
chet. pekat sey bahasa. =P
seronok banget tau malam tu. berbasikal melawan arus angin membelah kepekatan malam. bro Ju, sis Shu, sis Wirda dan sis Nora setia menemaniku di belakang. hehee. sayaaaaaang korang.
Shu, jangan kau bimbangkan hatiku lagi ye. aku sayang kau tau. semua sayang kau tapi aku sayang lebih. hee. jangan salah paham.

walaupun ku penat semacam aje sakit sana sini, namun ku gagahi diriku (fuh! gagah.) untuk meneruskan dan menamatkan acara pecut. eh berbasikal. yeah! majulah sukan untuk negara.

hmm, kalau tak silap, semalam ade seorang teman beritahu, bulan September nanti Fityan Ghufran pun nak adakan acara berbasikal. Assyafaah MY pun sama, dalam bulan Disember tapi 'family-based' pula. wah wah. dah mendapat sambutan hangat eh. satu nasihat aje. kalau sewa basikal, sewakan yang tempat duduknya macam sofa eh. sodap sikit naik. lol!

minggu ke lapan persekolahan nie, para guru semua nak habiskan modul mereka. minggu depan minggu ulangkaji dan minggu depan punya depan, ku akan duduki peperiksaan. hari Isnin kertas 'Nursing Studies' dan esoknya plak kertas 'Bio Science II'. tak silap gitu lah urutannya. ada baik buruknya juga kertas diadakan waktu petang. tapi takpelah. aiman tak kisahhh....

minggu ni ada sesi perkhemahan anjuran ITE MS. tak tau nak pergi ke tak. sebab bertembung dengan temu janjiku bersama doktor. =) tgklah macam mana ye. doakan yang terbaik.



oklah, sampai di sini duluan ya.
macam dah panjang gitu kan, kalau best baca takpe gak.
heh. pape tinggalkan pesanan ye.
Wassalam =)



P/S: kepada yang terlibat, maceh.
Wirda - 'maintain' anggun selalu yea. jaga diri bebaik bila panjat gunung tu nanti.
Shu - aku tahu kau boleh. tapi jangan dipaksa. ku di sini untukmu.
Nora - nie dia teman seperjuanganku. lain kali kita naik basikal lagi eh. maceh sebab belanja aritu.
Mail - hee. yang dikacau oleh sHu. sy akan tetap ingat lori 23 inci awak tu ehh :P

Saturday 26 May 2007

Assalamualaikum wrb wt.

wah wah wah.
genap sebulan sehari ku tak 'up-to-date'kan blog ku ini.
alkisahnya, ku sibuk memanjang.
kalo tak sibuk pun tetap nak menyibukkan diri dengan segalanya yang boleh disibukkan oleh orang yang memang terkenal sebagai penyibuk yang tersibuk.
kwang kwang kwang.
macam pahamm.

hmm, ku lalui hari-hari mendatang seperti biasa.
yang lainnya, cuma bilangan orang yang ku sayangi dah bertambah seorang lagi.
uhuks.
tapi ku tetap sayang semua.
kehkehkeh.
macam pahamm lagi.

hari ni ku menghabiskan masa menjelajah alam mimpi.
menjana kembali tenagaku yang hilang semalaman.
mana taknya, ada 'movie marathon' kat masjid. lagi-lagi ku bersua dengan sis Nora & sis Abshah. makinlah takkan tido dibuatnya. kes berceloteh panjang punya pasal. ditambah lagi dengan segala macam santapan.
terbayang-bayang di mata keindahan sesuatu yang digelar 'strawberry cheesecake'
fuhh. alangkah indahnya.

chet. ku berangkat dari situ dlm jam 10 lebih. bersama 'brothers'.
ada yang membelanja kita makan sarapan. jadi kita ke Fajar McDonalds.
i'm lovin' it!
sembang-sembang sekejap sebelum beransur pulang.
ku sampai rumah, terus ku mandi. lalu melabuhkan tirai. eh bukan. lantas ku membaringkan diri di dalam kamarku. maka bermulalah episod yang ke-100 takkan wujud.
huahuahua.
sewelism.com/akupuntaktahunakkataapa.htm

hmm, tak ku nafikan rasa kepelikan yang dirasa.
kadang-kadang, sesuatu perkara yang amat kecil sekecil sang semut pun boleh menjadi sebesar sang gajah. tak tahu mana salah silapnya.
selalu ku terfikir, dah menjadi lumrah seorang insan tu, bila dah tersepit di antara dua, seringkali menjadikan sesuatu alasan tu sebagai satu sebab untuk apa yang berlaku.
macam-macam lagi lah silapnya. tapi yang seringkali menjadi sebab yang sebenar-benarnya adalah..
EGO!
rasa keegoan seseorang itulah yang menjadi punca utama dalam sesuatu perselisihan faham.
kerana rasa ego itulah seseorang itu akan mencari pelbagai alasan untuk mempertahankan apa yang ingin dibenarkan, walaupun kadang-kadang dia tahu peluangnya tipis.

wah wah, berfalsampah plak ku nie. apakan daya. apa yang ku catatkan ni memang sedang berlaku. tak tahu lah sampai bila nak habis. pihak-pihak terlibat asyik memikirkan pasal rasa tak puas hati masing-masing.
tapi tak tahu plak kalau diorang sedar pihak tengah pun ada hak serta perasaan juga.
ish ish.
dah ler, makin meleret plak cerita dongeng nie.

*ehem*
rasanya ku hentikan sebentar di sini.
pape tinggalkan pesanan
Wassalam =)

Wednesday 25 April 2007

Assalamualaikum wrb wt.

Heh, dah berkurun lama ku biarkan bende nie terkandas.
bukan ku tak mahu kemaskinikan, cuma kekadang rasa mim alep lam sin tu terlebih sangat. aha, bukannya ada yang baca kan.

hmm, dah masuk minggu kedua ku memulakan alam persekolahan.
dalam tahun 2. chet, dah cam kakak-kakak.
hahas. eh ku tak kereks eh.. :P
tak ku nafikan, semakin menarik sesuatu topik tu, semakin rumit ku rasakan nak faham. eh, nak faham tu memang ler boleh kan, tapi nanti sejap je dah lupa. ish ish.
tu lah, kan mak dah suruh belajar, degil kan taknak dengar cakap mak. apee nak jadi dengan bebudak zaman beraruskan pemodenan dan berbudayakan hedonisme nie kan. (nak cakap budak zaman sekarang, macamlah aku budak zaman dedulu :P). haha. macam paham.

jadual esok dengan hari jumaat sama. cuma masanya ada sikit lain.
haishh, sekarang nie hari jumaat ku pulang jam 3 dong. dulu paling lambat kelas habis kul 1 dan paling cepat kul 10pg. heh. baik takyah dtg sekolah kan, dua jam aje pastu alek. ish ish~

sekarang nie kan. hmm. apa eh yang ku nak katakan.
jap jap.
*berfikir dengan penuh semangats*
err. takpelah, tak menjelma plak kekata yang sesuai.
hehee.
ku belum buat nota untuk Bio! mangkok bertingkat sungguh!

pape tinggalkan pesanan.
Wassalam =)

Wednesday 4 April 2007

Assalamualaikum wrb wt.

heh. sekian lama ku biarkan kekasihku ni tersadai.
maaf lah, walaupun ku cuti tapi keadaan dan masa tak mengizinkan
chet! mana punya sibuk aja eh.
hmm, cuti tinggal lagi kurang seminggu lebih.
macam cepat aja masa berlalu.
boleh minta dipanjangkan lagi tak? :D

imbasan hari-hari yang lalu.
setiap hari Sabtu, ana ada sesi Youth Alive di Masjid En-Naeem.
ada 6 sesi kesemuanya. seronok banget. kita belajar mengenai sejarah Islam. [Islamic civilization]
dari zaman Nabi hinggalah ke zaman yang beraruskan pemodenan dan berkiblatkan budaya hedonisme.
chedebah!!! takleh angkatz beb, bahasa.
haha.
Ahad lepas, ada sambutan Maulidur Rasul di Stadium Woodlands.
pagi ada aktiviti seperti bersenam, pertandingan futsal, dikir barat dan lain lagi.
sayangnya, ana sampai waktu Zohor, dah takde aktiviti lagi.
aktiviti seterusnya akan bermula pada jam 6 petang.
jadi dalam kul 3 lebih, ana dengan brothers & sisters yang lain pulang ke Al-Iman sebentar.
siapkan tanda nama untuk sukarelawan malam nanti.
alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. penat juga kita semua tapi berbaloi :)

semalam, ana bersama sis Aqilah & sis Nora ke Al-Iman.
tolong Ustaz buat data-entry.
bayangkan, ringfile yang besar gedabak tu. ada 4 kesemuanya.
nak kene taipkan segalanya ke dalam Excel. mautz sey.
lol. takpe, ni kerja ikhlassss~
malamnya ana ke rumah nenek. tidur sana semalaman.
pagi tadi, ana hantar nenek serta atok ke lapangan terbang.
doakan agar mereka selamat pergi dan pulang dari umrah yea.

esok, ana akan sambung kerja kat masjid lagi.
petangnya takde pape rancangan. sesiapa yang nak ajak keluar tu.
jangan tidak eh~ hehee.

oklah, ana minta diri dulu yea.
pape tinggalkan pesanan.
Wassalam =)



----------------------------------------------------------------------

aku cuba untuk mendekati.. tapi engkau tiada peduli..
sudilah kau memahami.. ketulusan hati ini..

Monday 12 March 2007

Salams semua.
kepada mak, ayah, abang, adeq, kakak, nenek, atok
dan yang sewaktu dengannya.
hee, inilah satu contoh budak yang kurang perhatian.

alhamdulillah, minggu ni inshaAllah ana habis 'attachment'
lepas tu ada cuti sebulan. wuhuu~ seronok banget.
tak tau nak buat apa plak dalam masa sebulan ni.
rasanya macam nak hiburkan diri.
tapi fulus pun nak kena ada jugak kan. kehehee.
takpelah, masih ada beberapa hari lagi sebelum ana merdeka.
(ni contoh kedua =p)

imbasan semalam.
alhamdulillah syukur. dapat juga ana bertemu dengan ahli YaQin.
mula-mula tu gugup lah juga, tapi bila dah jumpa dengan kekanda kush.
hatiku setenang air yang tak berkocak.
ceydebah~
walaupun pada permulaan acara tu ada sedikit kegelinciran
alhamdulillah semuanya tetap berjalan lancar.
[random]
hmm, ana tanya sikit yer.
bayangkan anta/anti adalah penganjur acara,
kemudian sebelum acara mula, anta/anti beri keizinan kepada beberapa peserta ni untuk ke tandas.
masa diberi hanya 10min, sebab tak mahu bazirkan waktu lagi.
lebih 10min dah berlalu namun beberapa peserta ni belum datang kembali.
bila seorang 'sister' mencari mereka di tandas, tup tup dapat tahu peserta ni dah balik senyap-senyap.
waduhs. tak ke terkilan rasa si penganjur ni.
mungkin mereka tak selesa lah bersama 'sisters' yang bertudung,
tapi sebolehnya janganlah buat perkara macam gini. merisaukan orang, lepas tu buat orang rasa kecewa dengan tindakan yang kebudak-budakan ni.
hish, kan kakak dah marah nie.. astaghfirullah al'azim.
semoga perkara ni tak menggoyahkan semangat YaQin.

oh yar, rasa penat tu taklah sangat kan, tapi rasanya ana ada 'restrained muscle'.
wuhuu, satu hari kat kerja jalan senget sikit.
al-maklumlah, semalam kan berjalan satu MacRitchie tu. tambah lagi dengan 'side dish'nya.
kalau dicampur jaraknya, mungkin ana boleh jalan pulang ke rumah. hehee.
tapi takpe, aiman tak kisah~ =p
lepas tu, ana ikut bro Rozmail ke Potong Pasir. weeee!~ sesaje nak menyibuk di 'jamming session' meka.
ahahas, pertama kali ku duduk dalam bilik tu, fuuuh, boleh tahan seronok.
kalaulah ana tak tahu malu, dah ana sambar mikrofon lagi satu yang tersangkut kat tepi.
kemudian ana dengan bro Rozmail beransur ke Raffles Place.
menjamu selera di McD yang dekat dengan Masjid Moulana tu.
hee, terimbas kenangan manis bersama kekanda kush =p
kemudian kita pun pulang ke kediaman masing-masing.
chet, macam pahamm ajer.

hmM, rasanya itu aje lah yang nak diceritakan.
hee, kalau cerita panjang pun bukannya ada yang membaca
iyer tak?
sebab tu tak bergerak pun papan celoteh tu.
yang itu, itu juga :D
haha, tapi takpee. aiman tak kisah~ kata diari maya.
ok lah, ana nak minta diri dulu.
seperti biasa, tinggalkan pesanan kalau ada apa-apa.

Wassalam =)

Saturday 10 March 2007

Assalamualaikum wrb wt.

heyys.
hmms, hari ini rasanya takde ape-ape sangat.
setakat duduk rumah dan buat apa yang sepatutnya.
heeh.
pemalas benar budak nih. ish.

semalam, ana gi borong benda kat Popular BPP.
ahaks. benda apa eh korang rasa?
sebagai seseorang yang suka sangat dengan warna,
jadi ana borong lah seberapa banyak benda yang berwarna.
(eh mana ada benda yang takde warna kan)
'24 colour marker pens, highlighters & 7 colour file markers'
macam-macam nak beli tau sebenarnye.
mentang-mentanglah ana pakai 'voucher' :D

lepas tu, ana jumpa sis Abshah & bro Farhan.
kita duduk bersembang di McD Plaza.
dari kul 9.30malam hingga lah ke 12 tghmalam.
astaghfirullah al'azim. apee nak jadi dengan budak zaman sekarang eh.
haha. bukannya apa, dah naik syok sangat berbual.
sampaikan tak sedar masa dah berlalu.
tu lah, ana ajak Syabab jumpa, ramai yang tak boleh.
nasib baik ada sis Abshah, hiya juga rasakan apa yang ana rasa.
rinduuu sesangat kat semua :P

esok ada 'nature walk' @ Macritchie, dianjurkan oleh belia Al-Muttaqin
kena jumpa kul 8 pagi di sana.
masih lagi menanti respon yang lain.
harap-harap ramai yang berminat.
ana nak juga bersua dengan si dia yang nun jauh di sana.
hehee.

yeay! tinggal seminggu aje lagi di ward51
sebelum ana mulakan cuti sekolah.
sebulan plak tu cuti, sapee yang tak nak kan.
orang yang tak nak cuti ajerr yang tak nak :P
nak tahu tak? ana bertemu dengan seseorang di ward51.
tak lain dan tak bukan, Dina Daniya!
eheks, memang dunia ni kecil ehk.
mungkin korang tak kenal lah, tapi aDi kenal kan?
kan kan kan? hee.

hmms, bulan April sekolah akan dibuka semula.
dan ana akan masuk tahun 2.
alhamdulillah syukur. tinggal setahun aje lagi sebelum ana tamatkan kursus ni.
doakan yang terbaik yer.

ohkay, nak kene kemas mengemas rumah jap.
pape tinggalkan pesanan ajer eh.
macam biasa lah yer =)
Wassalam.

Saturday 3 March 2007

Assalamualaikum wrb wt.

hey hey.
maaf ler kalau lama menghilang.
tapi terima kasih lah ehk sebab sudi merindui.
sheesh. macam paham plak..

ooh. kita mulakan dengan sabtu lepas ye
seperti yang sedia maklum, ada acara di Audi Masjid Sultan.
Syabab adalah yang terawal untuk sampai.
kahkah. sempat bersarapan jap kat gerai depan.
dan kita juga adalah yang paling menyerlah.
~ "berbaju merah jambu.. berkain songket biru.."
chey. takde lah sampai gitu sekali kan.
sisters semua sedondon pakai baju kurung biru
bersamaan dengan tudung putih.
brothers plak ada pakai kemeja putih atau kemeja biru.
geez. jadi kalau dalam kul 5 lebih 6, korang ternampak orang berpakaian macam di atas,
berjalan di daerah Bugis, harap jangan didekati. danger dokz..
hMm, sepanjang acara tu, ana ditugaskan kat luar Audi bersama sis Abshah & sis Sarina
berikan beg kepada peserta yang telah mendapat 3 tanda di 'RYC planner'.
walaupun ana tak pernah dapatkan tanda untuk diri sendiri,
namun hanya namaku saja, di antara brothers & sisters,
yang tersenarai sebagai penerima beg.
cantik tau beg dia. jenama 'zinc' , i tell you
ada plak logo 'Ramadhan Youth Challenge' kat tengah-tengah beg tu.
rasa-rasa tahun depan nak kasi ape plak eh.
kehkeh.
lepas selesai semua, sisters dengan bro Raihan & si syndrome meneruskan perjalanan ke Sim Lim.
kemudian kita beransur semula ke LJS di Bugis.
seronoknye dapat makan beramai-ramai. sayaaaang korang =p
bila semua dah terpisah, ana ikut sis Sharifah pulang jap.
nak ambil kereta dulu sebelum ke CDANS.
heee. korang rasa ape kita nak buat kat situ eh?
tak lain dan tak bukan.. main bowling!
agaknye tak pernah dibuat orang, main bowling dengan berbaju kurung.
hanya orang teristimewa macam kita aje yang buat.
kwang kwang kwang..

minggu yang baru lalu ni, ana kerja di pusat pemulihan di tingkat atas Poliklinik Geylang.
satu pengalaman yang baru tapi mungkin tak terlalu menyeronokkan.
hee, ada jugak lah sesuatu yang dapat dipelajari di situ.
tak dinafikan rasa rindu akan bercambah mengenangkan penghuni siang di situ.

Nenek Zaweiyah yang comel, Cik Latifah yang gemar senyum..
Apek Oh yang mengambil berat, Nyonya yang suka menyanyi..
Ah Chun yang kita gelar 'gangster'.. apek 'Kallang Airport'

..dan yang tidak disebut namanya, inshaAllah kalau ada masa, kita jumpa lagi :)

minggu ni takde apa-apa acara.
bosan plak rasanya.
iyer lah, minggu-minggu yang lepas ana habiskan masa bersama Syabab.
bila tak bersua, terasa rindu yang amat sesangat.
lagi-lagi dengan si dia tu.. eh! i meannn!~ :P
Sabtu depan ada 'Nite Cycling'. dari Al-Iman ke Esplanade.
tak tau plak dah berapa ramai orang yang dah daftarkan nama.
semoga dapat sambutan yang menggalakkan, inshaAllah.

yeay! petang ni ada sesi bermain badminton aka mini perkelahan
diadakan di tengah-tengah estet perumahan di Lompang.
geez. cuma ada sis Nora, sis Abshah & adeq saudara, ana & adeq.
tak tau lah ehk, sis Abshah kata yang kaum muslimin belum 'confirm'
tapi, aiman tak kisahh~ (chet, macam iklan plak)
asalkan boleh bersua dengan sisters ku, dah memadai :D

okaylah. nanti kalau ada masa, ana coret lagi ehk.
tinggalkan pesanan kalau ade ape-ape.
Wassalam. =]

Friday 23 February 2007

Assalamualaikum wrb wt.

tak sabarnya hamba nak tunggu esok.
ade Post-RYC event untuk peserta RYC '06.
weeEeEe. i miss you all lah can!
ahhaa, sewelism dot com sungguh kamu yer.

hari ni kerja syif pagi. kena patah balik ke sekolah
semata-mata nak kene isi CIP points secara 'online'
apee sey. sungguh memenatkan hamba dan teman-teman hamba.
semua dalam mrt sampai tersengguk-sengguk beradu.
nak tunggu giliran untuk gunakan komputer pun memakan masa.
aduiii~ apakan daya.. jiwa tersiksa
ewahh.. jiwang lah plak.

pastu balek, jumpa plak si fulan tu. nak gi melawat Ustaz Khaidzir kuSh
yang telah dimasukkan ke hospital atas sebab tertentu.
sekali kan.. kita cuma sempat melawat katil dia ajer.
orangnya dah udah pulang. ahaks.
hamba tak pulang dengan kehampaan sebab
cokelat yang nak diberikan kepadanya tu hamba telah membawanya pulang.
Ferrero Rocher. sapee yang tak nak kan.. khekhee
orang yang tak makan cokelat aje yang tak nak :)

okay, sebelum tu. nak kata sesuatu jap..
Selamat Hari Lahir -23 kepada kekanda kush yang nun di sana
walaupun dirimu jauhhh, tetapi sentiasa dekat di hati
aaawww~
hamba tau anta takkan baca ni.. sebab anta tak tau pun benda ni wujud.
member kat sini happy tau sebab buatkan dia kad hari lahir. dah hantar pun.
semoga sampai pada masanya, inshaAllah.
heheeks. sayaaanng dia~

hMms, ok lah, sampai di sini duluan.
nanti esok kalo sempat hamba coret lagi ehkk.
weEeEe!!~ tak sabo plak cheq nak mai ke sana besok..
hee. pape tinggalkan pesanan.
mana-mana cara yang menyenangkan.
Wassalam :]

Wednesday 21 February 2007

Assalamualaikum wrb wt.

heyOo.
semoga tak terlambat untuk ucapkan 'Gong Xi Fa Cai'
hehee. yelah, mcm Hari Raya gitu kan, sebulan kita sambut.
ehem! kalo Raya Cine tak salah 15 hari kan..
maaf ler kalau tersilap

oh yar.
imbasan kenangan memori silam
oOops. i mean!
sabtu lepas kan sepatutnya ada 'kayaking' untuk peserta ADVC.
TETAPI program telah ditukarkan kepada acara berbasikal..
cheywahh.. acara seyy
apa sey kedai tu. rasanya bukan silap kita semua.
sis sharifah dah telefon kedai tu beberapa hari lepas
untuk pastikan kedai tu akan BUKA hari tu.
bayangkan kekecewaan di wajah memasing bila dah berpenat berjalan
dari Marine Parade CC sampai ke Ski Park.. 'upp' sikit.
sampai aje kat situ, dapat tahu yang kedai TUTUP.
di manakah letaknya keadilan itu?
hMms, sungguhpun begitu, kita tetap menceriakan diri sendiri dengan berbasikal
hee, boleh gitu. senang kata hari tu masih boleh dikatakan hari yang agak seronok ler.
dapat sisters and brother baru.
boleh nampak banyak deretan khemah dari hujung ke hujung.
tanya sikit eh kat korang.
kalau pergi berkhemah di ECP kan, ada tak sampai bawak 2 buah bagasi?
ana adalah ternampak satu kumpulan keluarga tu.. fuhh, dah macam rumah sey.
siap dengan mini dapur, yOu :D

petang plak, balik rumah sis sharifah sejap pastu gi Al-Iman dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.
ewah.. takde lah.. Kia Picanto ajer :)
nak kena tolong siapkan barang dan 'poster' untuk karnival hari Ahad (esoknya lah tu)
lepas maghrib, kita berangkat ke Mustafa Centre.
lajuu seow Ustaz pandu kereta tu. ahaks. beli barang untuk dekorasi dengan 'telematch'.
dah gitu, kita 'go back to' masjid.

ahad pagi, masa untuk berangkat. hee.
nasib baiiik daku menelefon sis sharifah kita.
jika tidak, boleh tak sampai ke masjid sey nanti. geez.
Syabab semua dah janji nak pakai warna sedondon.
baju hijau dengan tudung putih untuk 'sisters'
baju putih untuk 'brothers'
karnival tu kat Sembawang Park.
seronok banget dong. macam pertama kali pula jumpa and nampak belia-belia dari masjid lain.
ahaks. alhamdulillah, tak sesia usaha kita bersengkang mata dekorasi papan pameran.
dalam kul 12, karnival dimulakan secara rasmi. kecoh seoww.
dan pertama kali ana kena merawat pesakit dengan tidak mengenakan pakaian seragam
geez, bunga plak.
alhamdulillah syukur, segalanya berjalan dengan lancar. tempat Syabab pun strategik jugak.
ramai orang yang lalu lalang depan pameran kita. i like~! :P
sesiapa yang nampak ana masa tu, sila jangan ambil perhatian yer.
paisey tosey tau kalau korang tegur. gegee.
selesai sudah karnival tu, kita semua pulang dengan hati yang lapang dan riang ria.
(macam zaman kanak-kanak plak 'riang-ria')
dan macam biasa, sebelum pulang, kita ada 'sisters talk' di McD BPP.
dua jam ajer kita berceloteh, lepas tu semua pulang ke rumah.

ahahaa, panjang tak celoteh ana kali ini?
panjang selalu kan..?
hMm, sabtu ni ada 'post-event' untuk peserta RYC '06
di Masjid Sultan lepas Zohor.
semoga ramai yang akan hadir eh. i miss you all lah can!
dan kalau ana senang, nanti ana cuba 'post timeline' Syabab untuk tahun '07.
inshaAllah, boleh lah korang ikut serta nanti :)

oklah, cukup buat masa ni.
mentang-mentang esok syif petang. nak tidoo lambat aje ehh.
hheeepp! ok merepek.
kalo ade pape, silalah tinggalkan pesanan.
mana-mana cara yang menyenangkan yer.
sekian.
Wassalam =]

Monday 12 February 2007

Assalamualaikum wrb wt.

heyho.
apa nak cakap eh?
hee, boleh lupa plak..
jap.

*buat ekspresi muka seseorang yang sedang berfikir*

takpelah, kali ni Siti terpaksa 'give up'
hee. minggu ni ana dah berpindah ke Ward51.
wad yang menangani kes berkaitan tulang,
bersamaan dengan 'orthopedics'
kali kedua ana masuk ke sini sebab ana telah ditukarkan ke kumpulan lain
bila nak mulakan 'posting 1.2'
alamak! esok syif pagi. nak kena beradu cepat ni.. tsk*

sebelum tu, imbas jap ke hari yang lepas.
Sabtu lepas, ada Sukan Muharram di Al-Iman.
dari jam 0730 hingga ke 1100 pagi.
comel sungguh adik-adik dari kelas tadika.
rasa nak pinjam jap bawa balik rumah. hee
macam biasa, tenaga bantuan Syabab akan diperlukan.
ana ditugaskan untuk membantu Teacher Maz menjaga kelasnya.
dan secara otomatiknya, ana digelar 'Teacher Ayn' secara tak rasminya.
bestnya! :P pusing sana sini, mesti nanti ada suara si cilik memanggil
" Teacher, teacher! "
weEeEee!~ :}

lepas acara tu, ana ikut sis Sharifah ke Redhill.
ambil keretanya yang telah dihantar servis
lalu kita melanjutkan perjalanan ke Masjid Kassim sebelum ke ECP.
( ada ke ayat macam ni? )
nak sampai ke Masjid Kassim punyalah berpusing-pusing
walaupun Ustaz Amin dah pinjamkan buku 'directory' dia..
hee. takpe, tu semua namanya pengalaman :P
kat ECP plak, kita main dengan air jap sebelum duduk kat batu besar nun.
kalau sesafer pergi ECP sabtu lepas, dalam kul 3 lebih,
kemudian korang terdengar dua orang budak terpekik macam orang sewel,
semoga korang lupakan perkara itu yer. tak bagus diingati selalu
yang dah lepas tu biarkanlah ia berlalu =)
dalam kul 4 lebih, bersantap sebentar di Raja Burger
sebelum pulang ke rumah..

semalam lepas madrasah, ana berkunjung ke rumah kekasih hatiku.
terubat rasa rindu di hati.
nampak dia senyum ajee.. fuhh~ cair sey.
tak buat pape sangatlah kat situ. setakat lepak aje.
chey, sapee ngajar lepak ni.. hHhEeEppP!
sebelum daku pulang ke istana, singgah sebentar di Geylang.
ingatkan nak beli baju baru ke, kasut ke..
tapi takpe lah. jimat bajet dulu. nanti itu gaji sulah masuk,
balu boleh itu pigi 'enjoy' :D

yeay! bulan ni ada banyak aktiviti.
sabtu ni ada 'kayaking' untuk peserta ADVC
ahad plak ada karnival @ sembawang.
datanglah beramai-ramai yer. sokong Syabab Iman :)

okay oraitt, masa untuk beredar.
pape bisa dihubungi di talian gwe iyaa.
Wassalam :]

Saturday 3 February 2007

Assalamualaikum wrb wt..

heyyho..
Kak Oteh kembali lagi dalam segmen
"mariberceloteh.com/macampahamajer/
kwee kwee, lawak tak menjadi langsung :x

okay, menu untuk hari ni..
pada sebelah pagi ana ikut ahli Persatuan Palang Merah
berkunjung ke " Lions' Home For The Elders " di Bedok..
suatu pengalaman yang boleh dikatakan 'okay'
hee.. tak tahu nak kata apa tapi memang sesuatu yang 'menyegarkan'
kalau Syabab nak idea untuk buat kunjungan ke tempat sebegitu,
boleh jugak ana sumbangkan sesuatu untuk Syabab kesayanganku ini..
gee.

menu sebelah petang plak..
balik dari Bedok naik bas, jumpa sis aQil di Woodlands
sampai rumah, dengan pantasnya ana salin baju..
kemas barang itu ini lantas kita berdua menuju ke destinasi
Masjid Al-Iman :)
mesyuarat dimulakan selepas Asar..
agenda mesyuarat - bincangkan tentang rencana tahun 2007.
fuhh~ buku nota cik setiausaha aka cik SitiKus NurLoveYou Bte PenyanyiAduhSaleha
berwarna-warni sekali.. dengan kertas, lain.. yang ditulis, lain..
ish ish ish
"sila ambil perhatian, demi kebaikan anda, harap jangan tiru gaya cik MacamFaham ni.."
kalau nak buat sesuatu tu, biar teratur yer.. jangan sampai teratur sesangat ehh..
tak reti-reti ke? :P oOps i mean!~

mesyuarat tadi memang seronok..
ana tanya pendapat spOngy pun, dia kata
" its way much better than how i thought it was gonna be "
yikes! i loike~ :P
sayangg spOngy.. eh i mean!~ sayangg korang :D

tak sabar rasanya nak laksanakan tugasan yang telah direncanakan..
semoga tahun 2007 menjadi tahun yang bermakna..
cheydebah~
dan semoga ana dapat capai apa yang terdapat dalam senarai keinginanku
atau lebih dikenali sebagai 'my wishlist' :}
gwe juga dalam keperluan ongkos, dong. eheks..

okaylah.. siaran diberhentikan sebentar..
jangan ke mana-mana. teruskan bersama ana dalam
sesi yang akan datang..
semoga hidup diberkatiNya, inshaAllah amin..
Wassalam =)

Monday 29 January 2007

Assalamualaikum wrb wt..

Heyho.
maaf lama tak 'up-to-date'kan blog ni..
'busy-the-body' dengan urusan peribadi..
kehkehkeh :P

hmm.. tak ada perkara luar biasa yang terjadi,
dijadikan, menjadikan atau jadi-jadian..
'sedikit' imbasan ke hari lepas ===

Sabtu (27/01), ana pergi ke 'retreat'.
rasa seronok sesangat sebab hari yang dinantikan telah kunjung tiba
setelah dua minggu ditundakan, akhirnya dapat jua ana bertemu dengan kekasih hatikus..
berjumpa di Al-Iman pada jam 3 petang..
memandangkan ada yang akan datang lewat & kita nak kurangkan 'masalah'
kita semua bercadang untuk mulakan bahagian pertama 'retreat' kat Al-Iman
sambil menunggu kedatangan 'bintang kilau' sebelum berangkat ke Masjid Pertempatan Melayu
dalam jam 6 lebih, kita semua pergi bersantap di Al-Amin
bagus banget dong, santap beramai-ramai.. macam satu keluarga bahagia..
cheydebah..
lepas makan, kembali ke Al-Iman, solat Maghrib lalu kita berangkat ke destinasi..
Ustaz pandu kaum Adam, Sis Sharifah pandu kaum Hawa.
berpusing-pusing sey kita jalan. adoi.

kita sampai dalam jam 9.30 malam
gitu-gini kita solat Isyak berjemaah, lepas tu sambung perbincangan yang kita adakan di Al-Iman.
dalam kul 11 lebih, kita berangkat ke 'Orchid Country Club'
dijemput untuk hadiri majlis makan malam.
chet! dengar-dengar makan malam pukul 11 lebih per.. ish ish..
ia adalah masa untuk bersantai :D Ustaz ajak main 'bowling'
wOots~ girls vs boys .. hee, semua dapat kasut hijau, ana sorang dapat kasut biru.
terharu nyer!~ :Pp mentang-mentang ana berpakaian serba biru masa tu..
aiseyminahchee :D dah puas bermain, kita gi makan 'supper'
dalam kul 3 lebih, sampai semula di MPM. bersihkan diri lalu semua menyerahkan diri =D

Ahad (28/01), lepas solat Subuh, kita sambung perbincangan..
rencanakan segala acara yang ingin Syabab lakukan sepanjang tahun 2007.
kita akhiri 'retreat' secara rasmi dalam jam 8 lebih..
dah kemas barang semua, kita ambil angin skejap kat pantai yang berdekatan..
fuhh~ bayu bertiup membelai pipi..
eeik! tak jiwang langsung.. sheesh~ ambil gambar sana-sini, kita pun berjalan kembali ke kereta..
sesungguhnya daku melemparkan pandangan terakhir ke arah MPM.
suasananya tenang dan mendamaikan.. macam kampung.. ouch!
kita berpisah dengan kaum Adam di tengah jalan.. lepas hantar sis aQil pulang,
yang lain pergi bersarapan di McD @ Civics.
bila nak balik... ya Allah.. dari Woodlands nak ke Clementi
boleh terbang dari Woodlands ke Punggol. dah sampai ke Edgefield Plains pun..
wah liew~ tapi alhamdulillah semua selamat sampai ke rumah :P
ana sampai rumah kul 12.45pm, kul 2 ana keluar semula..
temankan abang dan kakak iparku ke Ikea Tampines. ngantukk nyerr~>>

sampai rumah dalam kul 7 lebih..
ana mandi lalu merebahkan diri di atas katil sambil memeluk kura-kura besarku :P

okie, berhenti sekejap lah.. dah bosan plak baca sendiri punya blog.
consferm takde org nak baca..
eh jap jap, dah memang takde yang membaca..
kwee kwee =)
wassalam...

Friday 19 January 2007

Assalamualaikum wrb wt..

WeEee!~
hujung minggu bertandang kembali..
daku rindu banget sama kamu..
ahaks.. sayabeloh.com
minggu ni dah masuk minggu ke 3
untuk tahun 2o07..

imbas kembali skejap ke minggu yang lepass..

minggu 1:
Tahun baru..
hari kedua-
daku bersua dengan kekasih hatiku
senyumannya manis sekali bila terpandangku sebaik saja masuk kereta..
gelak tawamu buat aku riang..
aduhai sayang.. kau sering menghiburkan hatiku..
chet.. jiwang plak.. :P

hari ketiga-
jumpa dengan sis aQil..
bersiar-siar di BPP sebelum ke Al-Iman..
sungguh ku menikmati aiskrim yang aku beli hari tu..
fuhh.. syahdu ;P
lepas mahgrib, duduk kat tingkat 3 sambil bermain 'Uno'
atau lebih dikenali sebagai 'You Know' oleh Thinkers :D
7.45 malam kita naik tingkat 4.. rupa-rupanya semua dah hadir..
agaknya kalau aQil dengan ana sambung sampai habis..
alamatnya mesyuarat takkan dimulakan sampai bila-bila.
ish ish ish~

hari keenam-
ke Politeknik Singapura bersama sis aQil..
ada acara rumah terbuka & 'Spinnovex'
bro raiHan sebagai pemandu pelancong.. hee
"..sesungguhnya kamu nampak kemas dan bergaya.. aduhai.. ganteng banget.."
ehem! maaf ya..
kemudian kita beransur ke ECP..
dijemput untuk ke perkelahan Firman..
oH laut! kamu pasti rindukan kehadiranku ini ya...
chet!! sekali lagi..
masa yang diluangkan bersama Thinkers amat menyeronokkan..
andai dapat ku ulang semula~.. gwe sayang kamu semua!

minggu 2:
minggu terakhir cutiku.. sebelum memulakan 'posting' di NUH
takde apa-apa yang dilakukan minggu ni..
bangun.. mandi.. tengok tv.. main komputer.. makan.. tidur..
sihatsungguh.com/tembam
inilah yang dikatakan rakyat Singapura paling pemalas..

hari keenam-
ku pulang ke kampung bersama keluargaku..
salah seorang saudaraku telah pulang ke pangkuanNya..
Innalillahiwainnailaihirojiun~
teringat aku kepada si dia..
bondanya juga sudah dijemput menemuiNya..
kini hanya tinggal dia bersama adindanya
dan bulan 3 nanti, dia ingin berhijrah ke negara jiran
aku rindu denganmu wahai teman...
*mengeluh*
entah bagaimana ku kehilangan hubungan dengan si dia..
semoga kau tabah ya teman. dan maafkan daku jika aku berbuat salah denganmu..

hari ketujuh-
takde apa-apa yang menarik ketika di madrasah..
mungkin angin cuti belum gilang lagi agaknya
dalam jam 12 lebih, ku jumpa sis aQil
niat hati nak ke jamuan makan tengahari di Al-Iman
yang diadakan khas untuk terlibat dalam acara korban tahun lepas
namun nawaitu kita dibatalkan lalu kita ke Bugis..
ana sampai semula ke rumah dalam jam 8 lebih..
bersihkan diri dan kemas + gosok baju untuk hari esok..

minggu 3:
ana mulakan 'posting' secara rasmi
di Ward 64.
sekali sama bilik dengan Udin plak.. aiyOhs..
hari pertama jam 8-4ptg, lepas tu petang petang pagi pagi..
sesiapa tak faham, sila rujuk kamus edisi 1 dua 3 empat, tekan-tekan tak dapat..
kakiku sakit banget dong.. siapa bisa bantu gwe urutin.. hesh..

dan sepatutnya hujung minggu ni ada 'retreat'..
ditunda lagi ke minggu hadapan
atas beberapa sebab yang tertentu
waduh.. gwe udah semangat banget mahu turut serta tapi ditunda..
udah disiapkan buku nota untuk ditulis minit mesyuarat :

hmMs.. semoga ana dapat berehat sebentar hujung minggu ni..
berehat dari suasana hingar-bingar di Singapura ini..
maaf ya..
kalau ada pape, boleh hubungi ana di talian
1800-9 satu 9 lapan-naik roket turun bulan
okay?
mangkukbertingkat.com.sg/sewelism



Wassalam =)

Monday 1 January 2007

Assalamualaikum wrb wt..

Ana ucapkan selamat tahun baru..
Semoga tahun baru ini membawa satu perubahan
kepada semua ya..
tunaikan azam yang dilakarkan..
usah dikenang detik pahit yang sudah berlalu pergi..
jadikan ia sebagai pedoman
dan bangkitlah kita menjadi orang yang lebih kuat..

Mak kata "belajarlah dari kesilapan.."
Pantang mengalah sebelum berjuang

oklah, ana undur diri dulu yer..
salam sayang.. =)