Monday 29 January 2007

Assalamualaikum wrb wt..

Heyho.
maaf lama tak 'up-to-date'kan blog ni..
'busy-the-body' dengan urusan peribadi..
kehkehkeh :P

hmm.. tak ada perkara luar biasa yang terjadi,
dijadikan, menjadikan atau jadi-jadian..
'sedikit' imbasan ke hari lepas ===

Sabtu (27/01), ana pergi ke 'retreat'.
rasa seronok sesangat sebab hari yang dinantikan telah kunjung tiba
setelah dua minggu ditundakan, akhirnya dapat jua ana bertemu dengan kekasih hatikus..
berjumpa di Al-Iman pada jam 3 petang..
memandangkan ada yang akan datang lewat & kita nak kurangkan 'masalah'
kita semua bercadang untuk mulakan bahagian pertama 'retreat' kat Al-Iman
sambil menunggu kedatangan 'bintang kilau' sebelum berangkat ke Masjid Pertempatan Melayu
dalam jam 6 lebih, kita semua pergi bersantap di Al-Amin
bagus banget dong, santap beramai-ramai.. macam satu keluarga bahagia..
cheydebah..
lepas makan, kembali ke Al-Iman, solat Maghrib lalu kita berangkat ke destinasi..
Ustaz pandu kaum Adam, Sis Sharifah pandu kaum Hawa.
berpusing-pusing sey kita jalan. adoi.

kita sampai dalam jam 9.30 malam
gitu-gini kita solat Isyak berjemaah, lepas tu sambung perbincangan yang kita adakan di Al-Iman.
dalam kul 11 lebih, kita berangkat ke 'Orchid Country Club'
dijemput untuk hadiri majlis makan malam.
chet! dengar-dengar makan malam pukul 11 lebih per.. ish ish..
ia adalah masa untuk bersantai :D Ustaz ajak main 'bowling'
wOots~ girls vs boys .. hee, semua dapat kasut hijau, ana sorang dapat kasut biru.
terharu nyer!~ :Pp mentang-mentang ana berpakaian serba biru masa tu..
aiseyminahchee :D dah puas bermain, kita gi makan 'supper'
dalam kul 3 lebih, sampai semula di MPM. bersihkan diri lalu semua menyerahkan diri =D

Ahad (28/01), lepas solat Subuh, kita sambung perbincangan..
rencanakan segala acara yang ingin Syabab lakukan sepanjang tahun 2007.
kita akhiri 'retreat' secara rasmi dalam jam 8 lebih..
dah kemas barang semua, kita ambil angin skejap kat pantai yang berdekatan..
fuhh~ bayu bertiup membelai pipi..
eeik! tak jiwang langsung.. sheesh~ ambil gambar sana-sini, kita pun berjalan kembali ke kereta..
sesungguhnya daku melemparkan pandangan terakhir ke arah MPM.
suasananya tenang dan mendamaikan.. macam kampung.. ouch!
kita berpisah dengan kaum Adam di tengah jalan.. lepas hantar sis aQil pulang,
yang lain pergi bersarapan di McD @ Civics.
bila nak balik... ya Allah.. dari Woodlands nak ke Clementi
boleh terbang dari Woodlands ke Punggol. dah sampai ke Edgefield Plains pun..
wah liew~ tapi alhamdulillah semua selamat sampai ke rumah :P
ana sampai rumah kul 12.45pm, kul 2 ana keluar semula..
temankan abang dan kakak iparku ke Ikea Tampines. ngantukk nyerr~>>

sampai rumah dalam kul 7 lebih..
ana mandi lalu merebahkan diri di atas katil sambil memeluk kura-kura besarku :P

okie, berhenti sekejap lah.. dah bosan plak baca sendiri punya blog.
consferm takde org nak baca..
eh jap jap, dah memang takde yang membaca..
kwee kwee =)
wassalam...

Friday 19 January 2007

Assalamualaikum wrb wt..

WeEee!~
hujung minggu bertandang kembali..
daku rindu banget sama kamu..
ahaks.. sayabeloh.com
minggu ni dah masuk minggu ke 3
untuk tahun 2o07..

imbas kembali skejap ke minggu yang lepass..

minggu 1:
Tahun baru..
hari kedua-
daku bersua dengan kekasih hatiku
senyumannya manis sekali bila terpandangku sebaik saja masuk kereta..
gelak tawamu buat aku riang..
aduhai sayang.. kau sering menghiburkan hatiku..
chet.. jiwang plak.. :P

hari ketiga-
jumpa dengan sis aQil..
bersiar-siar di BPP sebelum ke Al-Iman..
sungguh ku menikmati aiskrim yang aku beli hari tu..
fuhh.. syahdu ;P
lepas mahgrib, duduk kat tingkat 3 sambil bermain 'Uno'
atau lebih dikenali sebagai 'You Know' oleh Thinkers :D
7.45 malam kita naik tingkat 4.. rupa-rupanya semua dah hadir..
agaknya kalau aQil dengan ana sambung sampai habis..
alamatnya mesyuarat takkan dimulakan sampai bila-bila.
ish ish ish~

hari keenam-
ke Politeknik Singapura bersama sis aQil..
ada acara rumah terbuka & 'Spinnovex'
bro raiHan sebagai pemandu pelancong.. hee
"..sesungguhnya kamu nampak kemas dan bergaya.. aduhai.. ganteng banget.."
ehem! maaf ya..
kemudian kita beransur ke ECP..
dijemput untuk ke perkelahan Firman..
oH laut! kamu pasti rindukan kehadiranku ini ya...
chet!! sekali lagi..
masa yang diluangkan bersama Thinkers amat menyeronokkan..
andai dapat ku ulang semula~.. gwe sayang kamu semua!

minggu 2:
minggu terakhir cutiku.. sebelum memulakan 'posting' di NUH
takde apa-apa yang dilakukan minggu ni..
bangun.. mandi.. tengok tv.. main komputer.. makan.. tidur..
sihatsungguh.com/tembam
inilah yang dikatakan rakyat Singapura paling pemalas..

hari keenam-
ku pulang ke kampung bersama keluargaku..
salah seorang saudaraku telah pulang ke pangkuanNya..
Innalillahiwainnailaihirojiun~
teringat aku kepada si dia..
bondanya juga sudah dijemput menemuiNya..
kini hanya tinggal dia bersama adindanya
dan bulan 3 nanti, dia ingin berhijrah ke negara jiran
aku rindu denganmu wahai teman...
*mengeluh*
entah bagaimana ku kehilangan hubungan dengan si dia..
semoga kau tabah ya teman. dan maafkan daku jika aku berbuat salah denganmu..

hari ketujuh-
takde apa-apa yang menarik ketika di madrasah..
mungkin angin cuti belum gilang lagi agaknya
dalam jam 12 lebih, ku jumpa sis aQil
niat hati nak ke jamuan makan tengahari di Al-Iman
yang diadakan khas untuk terlibat dalam acara korban tahun lepas
namun nawaitu kita dibatalkan lalu kita ke Bugis..
ana sampai semula ke rumah dalam jam 8 lebih..
bersihkan diri dan kemas + gosok baju untuk hari esok..

minggu 3:
ana mulakan 'posting' secara rasmi
di Ward 64.
sekali sama bilik dengan Udin plak.. aiyOhs..
hari pertama jam 8-4ptg, lepas tu petang petang pagi pagi..
sesiapa tak faham, sila rujuk kamus edisi 1 dua 3 empat, tekan-tekan tak dapat..
kakiku sakit banget dong.. siapa bisa bantu gwe urutin.. hesh..

dan sepatutnya hujung minggu ni ada 'retreat'..
ditunda lagi ke minggu hadapan
atas beberapa sebab yang tertentu
waduh.. gwe udah semangat banget mahu turut serta tapi ditunda..
udah disiapkan buku nota untuk ditulis minit mesyuarat :

hmMs.. semoga ana dapat berehat sebentar hujung minggu ni..
berehat dari suasana hingar-bingar di Singapura ini..
maaf ya..
kalau ada pape, boleh hubungi ana di talian
1800-9 satu 9 lapan-naik roket turun bulan
okay?
mangkukbertingkat.com.sg/sewelism



Wassalam =)

Monday 1 January 2007

Assalamualaikum wrb wt..

Ana ucapkan selamat tahun baru..
Semoga tahun baru ini membawa satu perubahan
kepada semua ya..
tunaikan azam yang dilakarkan..
usah dikenang detik pahit yang sudah berlalu pergi..
jadikan ia sebagai pedoman
dan bangkitlah kita menjadi orang yang lebih kuat..

Mak kata "belajarlah dari kesilapan.."
Pantang mengalah sebelum berjuang

oklah, ana undur diri dulu yer..
salam sayang.. =)