Sunday 29 July 2007

Assalamualaikum wrb wt.


macam tak terasa pula waktu hujung minggu ni berlalu.
bila sedang bekerja, asyik terfikir aje bila nak hujung minggu.
bila dah tiba saatnya, seperti angin berlalu begitu saja.
cey, berkias plak eh makcik nie.

Rabu lepas, ku berpeluang untuk masuk ke tempat bayi
yang diberi nama 'Nursery'.
sepanjang hari ku kerja di dalam. rasanya seronok sangat.
rasa gerun juga bila harus mandikan bayi. berharga sekali. menggigil rasanya bila kak ayn harus mendukung bayi dan mandikannya. lembut sungguh. ish ish.
kalau ada yang menangis, berilah mereka susu. hee.

hari khamis plak, ku di wad semula. syif petang.
hari tu, ku seorang aje pelajar ITE yang bertugas. ish ish. sungguh membosankan. ish ish.
entah kenapa hari tu tak banyak sangat kerja yang dilakukan.
haha. maklumlah, ku diberi tugas untuk menjaga 2 bilik yang hampir kosong.
8 buah katil semuanya, tapi cuma 2 katil saja yang ada penghuni.
nak jaga apa pun ana tak tahu eh. rasanya lebih bagus kalau ana bua kerja sendiri.
nak bergaul dengan pelajar nYP, mereka lebih seronok buat kerja sendiri juga.

hari Jumaat, ku bertugas syif pagi.
dan ku bertugas di wad 22. 'Delivery Suite'.
ana rasa kalau korang dengar perkataan 'suite' tu, mesti dah terbayang
bagaimana rupa wad tersebut. aduhai. ana rasa bilik hotel pun kalah sey.
sebelah pagi, ana dapat menyaksikan satu pembedahan yang digelar pembedahan 'Caesarean'.
ia boleh menjadi satu permintaan dari pesakit yang tak mahu rasa sakit ketika bersalin.
ataupun kadang-kala ia menjadi satu keharusan bagi seorang pesakit tu jika ingin selamatkan kandungannya.

chey! doktor ayam bercakap jap.
nasib baik ana tak pengsan ketika itu. terlampau banyak sangat darah yang ada.
tapi alhamdulillah, pembedahan tu berjaya. rezeki si pesakit tu.
ini adalah kandungan yang kedua.
yang pertama beberapa tahun dulu tidak dapat diselamatkan atas sebab tertentu.

sebelah petang pula, ku dapat saksikan cara bersalin yang biasa.
sejak ku kembali semula dari bilik pembedahan, ku mula menunggu.
sampai makan pun cepat-cepat. takut terlepas peluang.
nasib baik tak tercekik. kang satu hal plak.
ish ish. alhamdulillah, dalam 2 petang gitu, ada pesakit yang dah tiba masanya nak bersalin.
kelam-kabut sekejap.
semuanya selesai sebelum jam 3 ptg.
masa untukku pulang.


maka, tamatlah secara rasmi 'Mother & Child' postingku ini.
esok ku akan bertugas di wad64, wad berhubung dengan 'Gastro'.
tak tau camner nak cakap.
dan harus ku kejarkan sebanyak kemahiran yang boleh dalam masa 3 minggu akan datang ni.
doakan yang terbaik buatku.

Wassalam =)

Tuesday 24 July 2007

Assalamualaikum wrb wt.

minggu ni dah masuk minggu kedua 'attachment'.
ku dah beralih ke ward 42 bagi 'Mother and Child posting'.
fuhh. posting kali ni ku dapat bekerja di dalam keadaan yang sejuk.
semalam ku kerja syif petang dengan Ana. dua pelajar saja di dalam wad tu.
nasib baik tak banyak kerja sangat.

hari ni, ku kerja bersama Ana di Klinik G. mula pada jam 8.30 pagi hingga ke 4.30 petang.
suasana di situ taklah membosankan. macam-macam kes yang ada, datang jumpa doktor yang bertugas.
dapatlah juga ku menyaksikan beberapa pemeriksaan yang dilakukan oleh si doktor ke atas pesakitnya.
sebelah pagi ku di bilik nombor 4, lepas waktu makan ku di bilik 3.
doktor bilik 3 ialah seorang wanita anggun. hehee. setiap beberapa minit, dapatlah korang melihatnya menyisir rambutnya.
ish ish, dah lawa dah cik kak oi.

suatu pengalaman yang menyeronokkan.
ku menanti saat-saat esok dengan penuh debaran.

Sekian. Wassalam =)

Sunday 8 July 2007

Assalamualaikum wrb wt.



holaa.

helo. hi.

chaak!

booooom!



maaf ler, dah lama tak celoteh kat sini.
rasa macam mim alep lam sin plak nak menaip kat sini.
kadang-kadang tu, dah mulakan mukadimah. tetapi mesti ada halangan yang harus ditempuhi dengan tabah.
contohnya adalah perhatian lebih ditumpukan kepada permainan komputer atau ade berlakunye kesilapan teknikal, akademik dan ekspres.

hmm.
esok dah mula semester persekolahan.
namun ku ada lagi seminggu cuti sebab kan ku nak masuk 'attachment'.
weeee! alangkah bahagianya bila ku masih punya waktu untuk tidur lewat.
hua hua hua.
harus ku menikmati detik-detik terakhir cutiku ini sebelum menempuhi dugaan yang bakal tiba bila di tempat kerja nanti.



imbasan.



lepas kertas terakhir hari tu, tap tup tip top, ku bergegas ke Al-Iman bersama Sis Nora.
beberapa minit sebelum Isyak, barulah penolong setiausaha tersayang sampai bersama temannya.
mesyuarat yang dijadualkan mula lepas Maghrib dimulakan pada jam 9malam dan berakhir pada jam 11.
esoknya, ku keluar bersama sang beruang dan temannya. berjalan di sekitar Sim Lim segi-empat. ku tak sedap hati pulak bila sang beruang dan temannya ingin mewarna 'riba atas' kesayangan menggunakan penyembur warna. penyembur dibeli di sebuah kedai seni. tapi apakan daya, kekataku dibalas dengan 'jangan takut lah. takde apa-apa yang akan terjadi'.
lusanya, ku terpaksa menemankan sang beruang ke Sim Lim segi-empat lagi untuk menghantar 'riba atas'nya yang telah jatuh sakit.

hah kan, dah ku katakan semalam. gara-gara tak menutup tempat penghubung dengan betul, semburan termasuk ke dalamnya. tu lahh. bijak ajaib sangat kan.

minggu kedua, ku tak keluar sesangat.
sekadar menemankannya ke klinik untuk pemeriksaan.
minggu ketiga. hari selasa petang ku ke Johor sebentar bersama ibuku. sekadar berjalan-jalan tukar angin dan hantar baju untuk dijahit. wehehee. dah lama ku tak jejak ke Johor.
hari Jumaat, ku ke masjid sebentar untuk mesyuarat kecil MYSPEX '07. ku bawa sekali kekasih cilikku bersama. aduhai. dah jadi macam mak budak plak ku pimpin si dia. dengan beg Barney yang ku pakai. lepas itu, ku hantarnya pulang ke rumah kemudian beransur ke Lot1 bersama sis Abshah & sis Nora.
semalam, ku bermain badminton bersama sis Abshah, sis Nora dan sang beruang (<--sekadar untuk menambahkan bilangan orang je). kita nak berlatih untuk pertandingan badminton MYSPEX '07 pada hari Sabtu depan. doakan kejayaan kami ye. chedebah.

tinggal seminggu aje lagi sebelum ku memakai seragam sekolah semula. 2 minggu pertama, ku akan ada 'posting' istimewa iaitu 'Paediatrics' dan 'Mother and Child' posting. alhamdulillah, tak usah ku ke KKH, kumpulanku bernasib baik. lebih sikit duit gajiku. hee.
kemudian, untuk 3 minggu, ku akan ke 'medical ward' sebelum ke IMH selama 2 minggu seterusnya dan 2 minggu di 'surgical ward'.

nampaknya, tu ajelah buat masa ni. tak tau bila lagi ku nak kemaskinikan diari maya ni. doakan agar ku selalu rajin lah eh. hee.
semoga berjumpa lagi eh.
kalau ade sesiapa yang merindui diri ini, janganlah segan untuk ajak ku keluar.
Sekian. Wassalam =)