Monday 20 August 2007

Assalamualaikum wrb wt.

heyys. hoyys.
tak terasa sungguh kehadiran hujung minggu.
macam angin yang berlalu gitu.
chedebah.

sabtu lepas, Ramen Ten menjadi lokasi terpilih kali ini.
wah. cam rancangan 'Mari Makan' plak eh.
sekian lama ku simpan niat di hati untuk makan di situ, akhirnya tercapai jua.
ku bersama sis Abshah, bro Raihan & bro Mail.
tak terkata rasanya bila dah sampai kat situ.
punyalah sukar untuk kita pilih makanan.

jangan ehh.~ sukar sey.

nak pilih makanan aje dah nak masuk satu jam.
nasib baik masa nak tunggu makanan sampai tak lah lama sangat.
ish ish.
alhamdulillah, ku rasa puas dengan makanan yang dipilih.
malangnya ku terlupa nama makanan tersebut.
dan sayangnya, tak ambil gambar plak nak buat kenangan terindah =P
aiseyotromen!
tak akan ku lupakan saat-saat manis menelan ikan salmon dengan rasa nak tak nak.
balek ku singgah Causeway Point jap.

semalam, teman sekolah yang sama kumpulan dengan ku dah selamat bertunang.
alhamdulillah, semoga berbahagia dan berkekalan ke akhirnya, inshaAllah.
hehee. temanku yang bertunang, hatiku plak yang bergetar.
last warning eh ayn.
sesungguhnya dunia ini memang tak besar eh.
sejauh mana kita pergi atau berapa ramai teman yang kita kenali,
kalau dibuat carta hidup, alangkah 'indahnya' bila korang dapat tahu
si dekni sedare ngan si dektu, yang ni nyer bapak kawan rapat ngan yang itu nyer bapak.
macam-macam lah.
jangan macam paham dah okay.

hari ini ku mulakan tugasan di IMH.
memandangkan hari ini hari pertama, kita cuma ada sesi orientasi aje.
sebelum sampai kat situ, rasa seronok banget.
bila dah cuba masuk ke dalam wad, dah jejakkan kaki kat situ.
aku rasa aku nak keje kat hospital biasa aje.
small favour ar.
gementar yang aku rasa, ya Allah. jangan ditanya.
tak dapat ku nak luahkan dengan kekata. ish ish.
ni baru permulaan aje. doakan yang terbaik untukku ye.

hmm, okaylah. ana terpaksa undur diri.
esok nak kena bangun awal sangat. agaknya bila korang baru nak tido
ku baru bangun agaknya. ish ish.
jaga diri. pape sampaikan pesanan.
mana-mana cara yang memudahkan ye.
Wassalam =)

Monday 13 August 2007


Assalamualaikum wrb wt.

hmm. minggu ni rasa macam pendek plak eh.
hari Isnin lepas, sekolahku diumumkan tutup buat sehari.
jadi takyah aku bertugas hari tu.

hari Selasa, ku bertugas syif pagi (seingatku lah eh)

hari Rabu, ku ada latihan Sims di sekolahku.
dari jam 8 pagi hingga ke 2 petang.
sepatutnya sampai kul 4, tapi memandangkan hari itu di ambang Hari Kemerdekaan
sesi persekolahan dibuka setengah hari aje.
alhamdulillah.
petangnya ku bertemu dengan si manis. nak berikan dia kad undangan dari Ustaz Amin.
kemudian dia ikut ku pulang sebentar sebelum keluar semula, ingatkan nak jalan-jalan jap.
tapi keadaan ada sikit cemburu. kita berpisah di Woodlands.
dia beransur pulang, ku beransur pergi bertemu dengan sang beruang.

untuk apa? seperti biasalah, kalau ku jumpa dia, hanyalah untuk makan bersama semata-mata.

hari Khamis. cuti umum. sesape yang kena kerja tu,
tak dapat ku nak tolong eh.
ku merewangkan diri di majlis perkahwinan 'abang tersayang' kita.
Sisters semuanya mengenakan baju berwarna merah jambu.
nasib baik tak pakai warna hijau. nanti jauh plak dari warna temanya iaitu ungu.
jangan ehh~ ungu tau. bukan ungun atau unggun.

oh abang hensem, kamu nampak jambu masa tu eh.
maintain selalu eh shu :p
malamnya, ku bersama sang beruang menyaksikan pertunjukan bunga api.
sekali lagi ku katakan.
saya pergi tengok bunga api pakai baju kurung.
jangan ehh. small favour ah.
pertama kali ku semangat tengok bunga api.
sang beruang janji nak jumpa teman sekelab di satu tempat.
disebabkan tak tau camner nak pergi situ dan talian resepsi pun sibuk sesangat
kita berdua berdiri ajelah di celah-celah keramaian.
bila nak balik, ada sesuatu terjadi. tapi rasanya macam malas nak ceritakan.
tapi ku tanya satu soalan aje nanti.



**kau esok kerja pagi. dan kau nak balik cepat.
jadi kau tak boleh nak hantar aku balik memandangkan masa yang suntuk.
tapi dalam perjalanan pulang tu, aku rasa sakit sangat.
tak tertahan rasanya sampai kau sendiri nampak airmata aku menitis.
aku seperti tak sedarkan diri masa tu.
di dalam MRT tu, aku biarkan diriku di pelukanmu.
aku biarkan orang ramai memandang. si gadis bertudung dipeluk oleh temannya.
biar orang fikir aku tak tahu malu.
aku harapkan kehangatan tubuhmu mampu mengubat rasa sakit yang aku tanggung.
aku ingatkan kau sanggup nak hantar aku pulang.
tapi kau cadangkan aku turun di 'mahattah' mu dan kau akan berikan aku duit untuk naik teksi.
aku rasa aku menangis bukan kerana sakitnya diri, tapi sakitnya sekeping hati.
kau hanya hantar aku hingga ke 'mahattah' ku dan biarkan aku jalan sendiri dengan kesakitan yang ada.
kau pula hanya tengok dari atas kemudian naik MRT untuk pulang semula.
kau kata kau sayang.
tapi inikah cara yang terbaik untuk kau tunjukkan yang kau kasihkan aku?
**


hmm. maaflah ye. aku melalut plak sekejap.
nasib baik hari Jumaat ku kerja syif petang.
bolehlah bangun lambat sikit.

hari Sabtu, aku keluar lagi dengan sang beruang.
temankan dia ke AH. kemudian beransur ke Bugis untuk makan dan beli barang keperluan dia.
ku bertemu dengan makcik serta sepupuku di TKC.
nak ambil ukuran badan untuk tempahan baju bagi majlis nanti.
lepas tu, ku beransur ke CCK dengan sang beruang untuk menyaksikan cerita 'Rush Hour 3'.
jalan cerita boleh tahan juga.
tak banyak adegan yang ada aksi hebat. banyak adegan yang kelakar aje.
dalam jam 9, ku sampai di rumah.

hari ni plak, ku duduk kat rumah aje.
pagi ke madrasah. petang ku buka kelas bermimpi.
malam. baca buku sebentar.
sekarang. aku sedang habiskan entri kali ini.

esok dan dua hari lagi, ku kerja syif petang.
khamis dan jumaat syif pagi.
untuk 2 minggu depan, aku akan bertugas di IMH.
nak kena habiskan buku kemahiranku minggu ni.
seberapa banyak yang mungkin.
doakan yang terbaik buatku.

Amin.


Wassalam =)