Sunday 25 January 2009

Assalamualaikum wrt wb.

25hb Januari 1954.

55 tahun yang lalu, sepasang suami isteri dikurniakan seorang cahaya mata pertama yang bakal menyinari kehidupan keluarga tersebut. masa pun berlalu dan cahaya mata pertama ini mempunyai jumlah ahli keluarga yang semakin ramai. pada umur 25 tahun, beliau bernikah dengan seorang gadis yang ternyata setia dan tabah menguruskan rumahtangga hingga ke hari ini. hasil dari pernikahan ini, mereka dikurniakan dengan empat cahaya mata, tiga jejaka dan seorang anak gadis.

telah menjadi asam garam sebuah kehidupan berkeluarga apabila menghadapi pergolakan perasaan dan rasa tidak puas hati antara setiap ahli. pasti ada saja yang tidak kena, tapi dalam hati setiap ahli masih mengalir rasa sayang. air dicincang tidak akan putus. walau sekuat mana ombak yang datang melanda, ikatan yang terjalin tetap utuh tak goyah dihempas badai.

namun, ditetapkan sejak azali..
cahaya mata pertama ini kembali semula kepada Penciptanya.
melepaskan segala perkara yang bersifat sementara
menuju ke sesuatu tempat yang dijanjiNya selamanya.
meninggalkan isteri serta segala amanahnya untuk bersama sang Khaliq

27hb Ogos 2008.

terhentinya semua catatan di dalam diari kehidupan seorang insan bergelar ayah & suami...

Selamat Hari Lahir, Ayah.
moga damai dikau di sana....

Wassalam.