Friday 30 October 2009

Shadow.

Shadow - gokaiser



A thousand times i wish i could do over,
I walked away drunken hearted yet so sober,
Drowning in rivers across my face,
Misstepped now I'm living with my mistakes,
All the times that fade behind us,
Like colors chased from photographs,
I wish i knew what you were going through,
I'd drop everything and come for you...
-------------------------------------------------------

abang sayang.
i'm missing you.
like hell...
=(


come home quick.
[ day 8 ]

Wednesday 28 October 2009

Stars not shiny enough.

Assalamualaikum wrt wb.

BoOooOo!

what? o_O
okay. ya. i know i'm like supposed to be in bed.
RIGHT NOW.

i was already in bed after NPS with Qil. okay not quite lah actually. i watched CSI Miami til' its last bit THEN i went to bed. plugged myself with my cute and shiny pink earphones and waited for Aisy to call. guessing that she's asleep, i just closed my sweet twinkling eyes and sink deeper into the phase we call..


SLEEP
.


immersing myself into the beautiful nuance of a DREAM.


okay, aku dah merepek.


practically i was already soundly asleep la. (plus the constant coughing like i've never cough before) and with my mp3 still playing those non-stop hits.

when i suddenly woke up to this particular song.
which one, you're asking?
it's the one you're listening to right now. THAT IF you on your speaker. or THAT IF you ever have one.

okay aku merepek lagi. -____-"


well, seriously i can't shut my eyes now. and while blogging this, i PIP-ed my screen and am watching this drama on Channel 5 - Blessed. A story about an infertile couple receiving a free treatment at a mysterious fertility clinic. As the woman's due date draws nearer, she begins to suspect something is wrong and that she has become a medium for 'something to develop'. *shivers* seeing the ultrasound scan image was totally scary. imagine seeing an image of a skeleton head smiling at you. and there's this black outfit hooded figure always on her trail. no face. yikes.


Yaa. they claimed it's a horror flick la. Before that was 'Boo'. The typical we-got-stuck&lost-in-a-haunted-hospital-and-we're-getting-killed-one-after-another movie. The ghost of former patient raped this little girl and then burned down the hospital years back. So when this kiddies got lost in the hospital, the spirit somehow wanted to try and escape from there, so he possessed one kid after another and kill them. And there's always this SOMEONE who can have visions about whatever happened. The hint that you're gonna die next is when you have goo-ey stuff on your body. last² ade 3 final survivors.


seriously sepatah haram pong ku tak paham afer yang diorang celotehkan, tapi ku tetap tengok sampai habis. kes mendak nak fengsan punya. kesian kan aku~

aku pong kesiankan kat korang sebab korang sanggup baca afer yang aku type ni. bahasa pong dah bercampur-aduk. ish ish ish.


Adakah usaha kita setakat di sini saja dalam melestarikan bahasa dan budaya Melayu?


cheh. aku merepek. untuk kali yang ketiga.

saya ulangi.
KETIGA.

*glances at the golden clock on the wall*


i guess i'll just try and hit the sack again.

TRY.
beep me if there's anything.

Wassalam.

------------------------

p/s: orang yang matang tak cari fasal dengan orang lain. dia akan diam untuk berfikir. dan dia takkan PERASAN BAGUS sangat.

pp/s: "...maybe i was too blind to see, that you needed a change.."

[editted: i need 100 days. then can it be considered DONE, i guess.]

SITI NURAINI, SILA JANGAN JIWA².

Monday 26 October 2009

One and Two



You LOVE One,
You're FALLING for Two.
You can't leave One,
But you can't bear LOSING Two.
One won't be happy without you,
But Two is your HAPPINESS.
One gives you the WORLD,
Two MEANS the world to you.
--

so.. who will YOU choose?
--
nothing matters when you're broken.
--

p/s: seen. felt. understood. again.

[ editted: day 4 of missing you. ]

Saturday 24 October 2009

Rahsia Personaliti - Coklat

Assalamualaikum wrt wb.

Pelbagai mitos yang telah kita dengar berkaitan dengan coklat, Sejak dari usia kecil lagi ibu melarang kita makan coklat kerana dikhuatiri akan merosakkan gigi. Bila berganjak remaja, ramai yang mengatakan coklat boleh menggemukkan dan menyumbang ke arah masalah jerawat!
Pedulikan semua itu! Ia hanya mitos semata-mata... tiada makanan lain yang mampu menandingi keenakan coklat. Rugi sekiranya kamu tidak menikmati kelazatan coklat itu dari sekarang! Coklat yang bagaimana kamu gemari?


PILIH COKLAT WARNA PUTIH, HITAU ATAU CAMPURAN?

Coklat warna putih
Kamu memiliki semua kekuatan untuk menakluki dunia. Sayangnya kadang kala kamu seakan ragu-ragu untuk membuat keputusan. Padahal, jika kamu tahu apa yang ingin kamu capai, pintu kejayaan terbuka untuk kamu.

Coklat susu
Kamu suka kepada keindahan dan peka terhadap apa yang kamu lihat. Bagi kamu, mengenang masa lampau dan mengingat kembali saat-saat indah sewaktu kecil mampu membuat semangat kamu berkobar-kobar.

Coklat hitam (Dark Chocolate)
Kamu berpandangan jauh. Pandangan dan cadangan yang kamu kemukakan selalunya 'up-to-date'. Kamu sentiasa berusaha untuk tampil lain dari yang lain. Selain itu, kamu juga gemar mengumpul barang-barang pemberian orang.

Coklat campuran (semua rasa)
Kamu seorang yang fleksibel. Kamu tergolong antara individu yang kaya dengan wawasan, mudah bagi kamu mengikut peredaran zaman. Kamu tidak ingin diri kamu jauh tinggal di belakang.


BENTUK COKLAT PILIHAN ANDA?

Bulat
Penggemar coklat berbentuk bulat menunjukkan dia seorang yang menggemari kehidupan sosial. Individu yang tergolong dalam kelompok ini memiliki ramai kawan kerana sikap mereka yang peramah dan mudah didekati. Selain itu kamu juga tergolong antara pendengar yang baik sehingga ada yang menjadikan kamu sebagai tempat curahan rasa hati. Sayangnya, kerana terlalu ingin menyenangkan hati orang lain kamu sering terjebak dalam masalah mereka sehingga kamu sendiri lupa yang masalah peribadi kamu sendiri masih belum diselesaikan lagi. Kamu juga tergolong antara individu yang tidak setia dengan pasangan kamu. Kamu dikatakan gemar "cuci mata".

Bujur
Kamu tergolong antara individu yang bijak bergaul. Jaringan pergaulan kamu amat luas kerana kamu mudah berinteraksi dengan sesiapa sahaja walau dalam apa jua keadaan. Idea-idea yang lahir dari pemikiran kamu memang boleh diterima pakai dan sememangnya bernas! Kamu juga berwawasan tinggi dan ini disanjungi oleh teman-teman sekeliling. Dalam perhubungan pula, kamu tidak ragu-ragu untuk mencari teman baru sekiranya si dia dirasakan agak membosankan.

Kotak
Setia, gemar merendah diri dan romantis adalah sifat kamu. Kerana sikap romantis kamu itu, tidak hairanlah pasangan kamu akan tetap setia di sisi kamu. Kamu memiliki daya konsentrasi tinggi dalam bekerja dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan lagi wawasan diri. Tetapi sekiranya ada konflik melanda, kamu terlalu mudah melatah! Ada kalanya kamu seakan cuba lari dari berhadapan dengan masalah... kamu tiada inisiatif untuk cuba menyelesaikannya.


KANDUNGAN COKLAT?

Almond
Keperibadian yang dinamik. Kamu akur pada perubahan. Kejayaan adalah matlamat utama dalam agenda kehidupan kamu. Kamu juga tergolong antara individu yang gemar menolong. Biasanya masalah teman-teman dan keluarga mampu kamu selesaikan. Walau bagaimanapun kamu perlu berhati-hati memberikan perhatian terhadap individu yang memerlukan itu kerana dikhuatiri kamu akan memberi perhatian secara berlebihan.

Karamel cair
Kamu yang dan percaya pada kemampuan diri sendiri. Tanpa banyak bicara, semua tugasan yang kamu perlu selesaikan pasti berjaya direalisasikan dengan baik. Selain itu, kamu juga seorang yang murah hati. Kamu gemar berbelanja dan gemar menawar diri untuk membuat kerja-kerja amal. Kamu juga dikategorikan antara individu yang rambang mata terutama ketika membeli belah.

Karamel keras
Selain pandai menjaga hubungan dengan orang lain, kamu juga seorang yang berdisiplin dan jujur. Istilah terlambat memang tidak termaktub dalam kamus hidup kamu. Bagi kamu masa adalah wang. Kamu hidup untuk bekerja, semua yang diraih adalah hasil kerja keras kamu. Sayangnya kamu sering tidak menghiraukan pendapat orang lain yang kadang kalanya boleh diterima pakai.

Hazelnut
Kamu adalah pencinta alam. Keharmonian alam yang terjaga membuatkan fikiran kamu tenang. Sayangnya, kerana kamu terlalu dekat dengan alam membuatkan kamu menjadi seorang yang pemalu. Tidak hairanlah bila kamu sering dikata pemalu oleh teman-teman.

Kacang tanah
Bagi kamu, semua perkara dalam hidup ini tidak perlu dibuat susah. Kamu sudah cukup bahagia dengan hidup kamu. Sayangnya, kadang-kadang kamu akan berasa kesepian di dunia kecil yang kamu ciptakan sendiri. Cubalah sesekali meluangkan masa dengan teman-teman lain. Pasti kehidupan kamu akan menjadi lebih bermakna.

Pudina
Hari esok harus dihadapi dengan semangat tinggi. Kamu sangat yakin dengan apa yang kamu lakukan. Kamu adalah individu yang tidak pernah ketandusan idea. Kamu tidak pernah membataskan kehidupan kamu dengan peraturan, melainkan kamu yang buat sendiri.


APA KAMU BUAT PADA PEMBUNGKUS COKLAT?

Diramas
Jika kamu makan coklat dan kemudian gemar meramas-ramas kertas pembalutnya sebelum dibuang ke dalam tong sampah, bererti kamu tergolong antara individu yang tidak suka terlibat dalam masalah cinta. Fikiran kamu yang sering berkecamuk membuatkan kamu sukar memberikan konsentrasi terhadap sesuatu perkara. Tidak hairanlah jika pasangan kamu sering mengeluh dengan sikap kamu itu.

Dilipat
Jika kamu gemar melipat-lipat pembalut coklat, bererti kamu seorang yang rapi dan bersih. Hidup kamu teratur dan begitu juga dengan pemikiran kamu. Dalam bercinta, kamu selalu mengikut mood. Ha, tak baiklah macam tu! Kamu perlu lebih bijak mengimbangi emosi kamu itu.

Dibentuk bola
Jika anda membuat pembalut coklat itu menjadi bola dan memainkannya di meja, mungkin kamu sedang bosan dengan kehidupan cinta kamu bersama pasangan. Ada baiknya kamu berbincang dengan pasangan kamu itu mengenai perhubungan kalian berdua. Kalian perlu lebih berfikiran terbuka untuk menerima teguran dan kekurangan diri masing-masing bagi tujuan kebaikan dalam perhubungan.

Dikoyak-koyak
Kamu seorang yang romantis terhadap pasangan. Kamu suka membelai kerana pada kamu, belaian jemari kamu itu mampu memperlihatkan rasa cinta dan kasih terhadap pasangan. Kamu mementingkan keromantisan dalam perhubungan.

Digulung
Kamu boleh digelar sebagai penyelamat cinta! Suka mencampuri urusan percintaan orang lain. Bagi kamu, perhubungan cinta kamu sudah cukup bahagia! Kamu tidak boleh berfikiran sedemikian. Hakikatnya kamu perlu menumpukan perhatian terhadap hubungan cinta kamu sendiri agar lebih subur dan mekar berpanjangan!

Jadi, yang mana satu personaliti anda...


*yumyum. i wished the flavours were attached to these images =p*
=)

---------------------------------------------
Angin memilih diam. Matahari memilih pergi.
Sementara kau dan aku, masih berdiri, masih tenggelam.
Tak ada yang kita bicarakan, mulut kita saling terkunci.


Dan kita, tak ingin berhenti.

p/s: i waited. but..... maybe i was asking too much. oh well.

p.p/s: i'm gonna miss the boy in blue specs who loves to drink Milo.

Tuesday 20 October 2009

*gosok mata dengan hidung*

ngantok banget sih gwe.
ingatkan diorang start cat cefat leh habis cefat gakz.
dah habis first coating then relek jap. ade lah ku tunggu sampai mamai² kat sini.
sekali members semer gi pekene kopi O kaw kaw punye kat bawah.
for like ONE DAMN HOUR.
sementara gwe kat sini tercongok tengok teebee. tsk.


*geleng kepala aje tengok aka dengar satu makcik ni ngomel2 fasal anak lelaki dia*


dengan aku sekali dia omelkan. sebab mana boleh bos aku suruh aku tinggal kat klinik sensowang, tunggu diorang habis cat. lagi² aku adalah seorang wanita. cheh. call me stupid la okay.


jangan pelik la kan camner tetiba ade makcik dengan anak lelaki dia masuk frame plak. makcik tu ekceli mak aku la. dengan secara ajaibnya dia dapat naik ke tingkat 3. entah pintu mana dia masuk. padahal semua dah kunci. magic kan mak aku ni =x abang aku tu, duduk je kat Meknonel. tapi akhirnya, member bawa diri balek rumah.


asal, korang tanye? well, ni lah yang ku sebut tadi. part makcik ngomel² fasal anak lelaki dia. biasalah kan, ni hal ehwal semasa. tapi ku takleh sebut kat sini. aib! =x


okay ku nak sambung tengok teebee. pape korang tag aje la. atau webMSN.


*korang? padahal sorang haram pong takde =x*


chao cin cai!
------------------
p/s: rindu. sangat. =)

------------------
[editted @ 0225hrs]

wa geram. macam mau pukul orang.
dah bagus tadi ade orang temankan wa kat situ.
memula ade dua hamba Allah yang mulia tu tunggu wa.
satu kat bawah, satu kat atas. yang kat atas marah dengan yang kat bawah pasal something.
yang kat bawah tu plak, kecik hati sebab yang kat atas ngomel2. terus cakap nak balek.
sekali rupanya dia eksyen jek. entah afer kejadah dia gi Yishun.
yang kat atas dapat tahu, terus kasi wa duit tambang untuk naik teksi balek. sebab dia pon nak balek.
and suruh bilang yang kat bawah untuk patah balek and tunggu wa.

LAST LAST KAN. WA BALEK SENDIRI.

korang tak paham kan? bagus! tak penting untuk korang paham.
yang penting sekarang wa bingit!
and wa punya tekak buat hal! aarrrrrghh!
------------

Monday 19 October 2009

Seandainya aku...



Seandainya aku... bidadari
pastinya aku terbang
melengkari tiap langkah
dan arahmu.

Seandainya aku... bayu
pastinya dapat ku cium wajahmu
pada setiap senja beralun
akan ku bisikkan namamu selalu
dalam gersang suaraku.

Seandainya aku... hujan
pastinya akan ku basahi
tubuhmu dengan tempiasku
agar kau tetap segar
dalam ingatanku.

Seandainya aku... malam
pastinya aku datang mengunjungimu
dengan kerdipan bintang
dan sinaran cahaya bulan
mencium dahimu
dalam tidur lenamu.

Tapi sayang...
aku hanyalah aku.
dan salamku
sentiasa berbunga untukmu...
---

Puteri Jingga.

---

p/s: sayang. =)

Sunday 18 October 2009

Hidup ini..

Salams. 



*happy mode*
hmmm. liqaa' eid @ Islamic Hub was alright, alhamdulillah.
berwarna-warni sesangat, cakap aje warna afer nak.
yang datang semuanya cantik manis dan kacak bergaya.
macam pengantin pong ade. entah safer yang ku nampak bertanjak tadi.
seronok dapat jumpa kanak-kanak RYC '09 ni.
semoga ukhuwah yang terjalin (kalau ada) berpanjangan & bertemu di Ramadhan yang akan datang.
InsyaAllah amin! *fuhhhh*
-------



*scared-worried-pasrah mode*
sebenarnya macam takde pape sangat nak ditulis. sekadar nak menambah ruang kat sini jek.
ku masih menunggu keputusan yang mungkin bakal merubah segalanya pada hari yang mendatang.
masih terngiang-ngiang di telinga kata-kata dia.

"..Don't be afraid to ask next time. Hmmmm. I can forgive you on this, but I don't know if they could do the same. We can just be sitting ducks now. And the only thing I can do is to pacify.."

Sitting ducks? maksudnya ku harus menunggu dalam tempoh yang belum lagi pasti berapa lama. andai perkara ni boleh dimaafkan, alhamdulillah syukur sesangat. namun kalau tindakan ingin diambil atas kesilapanku, apakan daya ku hanya mampu pasrah dan minta kekuatan untuk tempuh ujian ini. sebab natijah tindakan tersebut akan membuat ku kehilangan hampir segalanya. haiz. mungkin ni balasan untukku sebab terleka aka lalai sangat dengan perkara yang tak bermanfaat. *tutup muka dengan bantal* ya Allah.. ku tak sanggup.
-------


*biol mode*
okay people. no more jiwa2 lepas ni okeh. tutup mata and lupakan segalanya. tak bagus untuk kesihatan fizikal & mental.
-> Encik Md Fareed, buatlah keputusan yang sebaiknya.
-> Cik Nur Aqilah, jangan terlalu menurut kata hati, nanti mati.
-> Cik Noraziela, sesungguhnya persahabatan tu kadang-kala lebih mengasyikkan dari yang lain.
-> Cik Siti Nuraini, Allah akan hadiahkan pelangi selepas hujan. ikhlas, istiqamah & bersyukur itu perlu.

=))

untuk semua - hidup terlalu singkat untuk dikesali tentang kesilapan silam atau dibazirkan dengan perkara bodoh. yang penting, harus bangkit dan bersedia untuk bertarung. Allah kan sentiasa ada? =)

'ala kulli hal bittaufiq wannajah.

Wassalam.
-----------

p/s: seen. felt. understood. =) thank you.

Thursday 15 October 2009

*tsk tsk*

Assalamualaikum wrt wb.

*sniff sniff* the time of my life is here again.
temperature rising. endless sniffin' and wasting a box of tissue.
and constant hold-me-i-wanna-drop headache.
this is what happens when my love-o-meter breaks. LOL.
*trying to make someone feel guilty*

(macam paham)
tapi betul okay.
=x
okay shuts ayn. hush hush!

anyways. i think my head gona roll at SP later.
heehe.
--
*ring ring*

Nur: hi, good evening, (takleh sebut nama clinic) toa payoh.

Kim: *laughing on the other line* adekkkk...

Nur *???* uhh. ya. what happened?

Kim: *still laughing* adekkk.. on monday right, you remember anot any patient name Sally (bukan nama sebenar) came in and you got dispensed Diflucan?

Nur: uhhuh. why why?

Kim: hahaaa. how you dispensed eh? what you say to patient?

Nur: *think for a moment.. then jaws dropped* OH MY GOD! KIM! that one is to eat arh?

Kim: *laughs* adekkk... what happened~~? that one is to eat la. what did you say to patient?

Nur: *smacks forehead* i said insert because i thought to insert mah. dieeeee uh Kim! the patient came over ehh?

Kim: No lah, the brother or wat come to take the parents' blood result. now inside Dr's room.

Nur: ohh no! die ahh, die! what happened to her?

Kim: she kena allergy la 'there'. hahaaa. aiyoh adekkkk. *laugh and laugh* your first time dispensing that med isit?

Nur: ya lor. i think so. alaahhh Kim. then how? *gigit jari*

Kim: what how? like that lorr. thing happened already mahh. cannot do anything. ahhahaa. now see what Dr can do lorr.

Nur: hopefully nothing horr. sianx. tomorrow i dieeee liaox.

Kim: *laughs again*
--

okay people. next timeeeeeee. don't know, please askkkkk~ don't act clever only.
kan tak fasal2 orang tu kena gatal-gatal kat situ =X
tsk. *prays hard for ownself*

thanks a little to Cik NUR AQILAH BTE M.A for this :D

sekian wassalam.
----------------------------------

p/s: what happens when the replacement takes place? *thinks hard*

[editted] ~ apakah aku amat berarti di mata engkau.. telah ku ukir wajahmu lama dalam hati aku.. namun kau hilang dan takkan kembali juga.. ku merasa sepi, ku sendiri.. ~

i wish i could be there earlier.. hmmm.

Tuesday 13 October 2009

Alhamdulillah. 100th! =)

~ UNTUK TATAPAN CIK NUR AQILAH ~


comel kan prince dengan princess? muka cam cinoneh sesat.
*and tudung gwe senget! tak straight! argh!*
heeeez.
dah berabad kita bersahabat, ni gambar pertama kita.
*giggles*
inilah Prince Al-Iman aka besty aka Md Fareed.
=)
------------------------------------------
p/s: jangan cemburu. kita tetap sayang awak! =D makcik! gi minta syari album kat rumah U.A =x

Monday 12 October 2009

Adam, mengertilah..


Adam,mengertilah..
Hawa bukanlah insan yang kuat
bukan juga insan yang bisa menahan nafsu
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas
tewas dengan godaan syaitan & nafsu sendiri.

Adam,mengertilah..
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yang terbaik
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj
perfume, make up, perhiasan
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya
namun mengapa masih Adam tertarik pada Hawa
yang serba kekurangan ini.

Adam,mengertilah..
Hawa ini berjiwa lembut
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta
Hawa tahu permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat
namun, Hawa lemah...
Hawa takut zina hati.

Adam,mengertilah..
setiap kali 'sms' diterima
Hawa keliru
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja
tapi Hawa akur tuntutan sahabat
Hawa tewas.
Hawa reply juga
mengenangkan Adam adalah sahabat.

Adam,mengertilah...
setiap layanan yang Hawa beri hanya sekadar membantu
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yang dikurniakan buat Adam
memudahkan perjalanan hidup Adam
jangan disalah tafsir apa yang Hawa berikan.

Adam,mengertilah..
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa
namun, bukanlah 'couple' yg Hawa pinta
tapi cukuplah sekadar tidak memandang Hawa
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa
jangan dipinta apa yang tak mampu Hawa berikan
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya.

Adam,mengertilah...


-------------------------------------------------------
p/s: i was very wrong. so totally damn wrong. *wipes away tears* ya Allah. aku terlalu leka.

Thursday 8 October 2009

Sesaje aje..

Assalamualaikum wrt wb.

*stretch her arms and legs*
tak tau lah afersal dengan kaki gwe ni. rasanya dah seminggu lebih rasa sakit. gwe tak boleh turun naik tangga sebab rasa sakit & ngilu kat 'shin area' situ, bawah lutut sampai ke bawah. macam kene cucuk dengan besi. kalau jalan tak rasa sangat. hmmm. hopefully it's nothing serious kan.

tak fasal2 kena duduk hospital lagi & setiap malam makan SaraLee Strawberry Cheesecake sorang2. heh. *pekik kat syari - "4 kotak pleaseeeeee! ;D"

sebenarnye niat hati nak buat entri fasal sesuatu, tapi ilham takde plak. dah kene writer's block. (betul tak perkataan tu? ku hembus ajek) takpe, kita Wiki sejap. *wiki wiki!- step macam toyol dalam citer JPBC)

"Writer's block is a condition, associated with writing as a profession, in which an author loses the ability to produce new work. The condition varies widely in intensity. It can be trivial, a temporary difficulty in dealing with the task in hand. At the other extreme, some "blocked" writers have been unable to work for years on end, and some have even abandoned their careers."
>> Wikipedia.com
--

chebah. bunyi macam dahsyat aje. kesian eh. kalau seorang penulis tu kena benda ni, boleh sampai tak buat kerja sebab minda dia macam dah tak boleh berfungsi aka beri ilham. tapi kondisi ni ada beberapa faktor yang mengakibatkan ia terjadi la kan. kalau sekadar kekurangan ilham atau sumber inspirasi tu, tak salah tu sekadar tahap pertama je. tak teruk sangat. nak tahu lebih lanjut, gi Wiki sendiri please!

okay, macam dah jauh tersasar dari topik utama. dan tiba2 ana dah dapat ilham sikit. (macam paham) next!

--
hmmm. apakah matlamat sebenar seorang manusia tu diciptakan? yang ditiupkan roh ke dalam jasadnya dan diberi peluang bernafas & hidup di bumiNya ini?

lain orang, lain bicaranya. yang paling terkenal ialah 'kita hidup untuk beribadah'. memang betul pun. segala sesuatu diciptakan dengan adanya satu tujuan. matlamat asal setiap makhluk diciptakan ialah untuk beriman & beribadah kepada Sang Khaliq. khususnya manusia, makhluk ciptaanNya yang mengagumkan dan penuh misteri - dikurniakan akal & nafsu untk kegunaan yang sepatutnya.

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adh-Dhariyat: 56)"

cakap memang senang, tapi sebetulnya, adakah kita sebagai khalifah mengamalkan segala perintah & tinggalkan apa yang dilarangNya? kita yakin ke kita sembah yang sepatutnya disembah, bukan berhala ataupun manusia lain akibat terlalu taksub dengannya? ada yang patuh tapi macam acuh tak acuh atau langsung tak buat tapi macam paham pulak bila depan orang. tsk. ana tak cakap diri ana sempurna. tanpa disedari, mungkin diri ini pun sebenarnya dalam salah satu kategori tu. Ya Allah, ku mohon jangan Kau sesatkan diriku.

pernah ana bertanya kepada seorang sahabat. Ana tak cakap afer2 pun tapi hanya mengangguk dan diam bila dia jawab - "hidup untuk ape? entah ehh. kita pun tak tahu."
hmmm, ia bukan sesuatu yang memeranjatkan. memang ada di antara kita yang akan beri jawapan sebegitu. mungkin kurang diberi pendedahan kepada perkara sebegini atau masih kabur mencari 'kebenaran'. semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka. Amin.
--

kalau nak bincangkan perkara ni, sebenarnya ia sesuatu yang berterusan dan perlu dibincang bersama yang lebih arif dan matang. kat sini ana cuma sekadar mencoret afer yang terlintas di fikiran aje iaitu permukaannya. tak mahu ana menjauh ke dalam, bimbang nanti boleh menjadi fitnah. ana mohon maaf andai ada yang tersinggung.

hmmmm. sampai di sini dulu. nak rehat sebentar sebelum memulakan hari baru (=

Wassalam.
----------------------------

p/s: *cuit hidung abang sayang* chehhhh... ade orang merisik tentangmu =)

Wednesday 7 October 2009

*brrrr* sejuknyeeee.

Ohhh Emmm Geee!

fadanlah hari ni ku rasa tak sedap hati.
rupanya ku harus kerja keseorangan di sini.
tanpa ada sesiapa yang menemani
kecuali kesepian, kesayuan menyelubungi diri.

perrrrrggggghhhhh! macam paham plak.

alhamdulillah, nasib baik diorang paham ku sorang.

"sorry to keep you waiting, sir. this is your medication.."

"oh it's alright, missy. thanks for your help.."

sedap sikit dengar kalau orang cakap gitu. makin semangat kerja beb.
tadi ku cuba sedaya upaya membuat kerja dengan cermat dan tangkas.
dalam masa satu jam lebih, ku dapat membahagikan ubat kepada 10 pesakit.
cheh.

skill jugak aku ni ehk.
heez.
nasib baik kat TPY. kalau kat SP, boleh fengsan makcik.. haduii~
lagi kalau terkena orang yang step paham. menguji keimanan sungguh.
okeh. nak habiskan tulisan kat kertas2 kecik ni fastu tutup kedai!

jumpa lagi!

Sunday 4 October 2009

Cinta vs Suka - nuQman

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.


Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.