Thursday 31 December 2009

bulan biru.

Assalamualaikum wrt wb.

hello kengkawan!
maaf ler cheq tak sompat nak habaq kat mu semua.
almaklum, cheq ni busybody noh.
busybody pong tak lagu cheq ni.
huhuu.

"Ya Allah, jadikanlah daku seorang Muslimah yang taat kepada perintahMu. Janganlah Kau palingkan diriku dari cahaya kebenaranMu yang suci murni. Berilahkan daku cahaya cintaMu yang hakiki, kerna hanya cintaMu itu yang akan ku bawa sampai mati..."

anyways.
hari ni hari terakhir tahun 2009. dalam beberapa jam lagi dunia akan masuk ke tahun 2010.
dan setiap kali kita masuk ke tahun baru, mesti ia berkait rapat dengan azam baru.
kan kan kan?
hahhhhh. jadi kalau korang da hidup selama 20 tahun kat dunia ni macam cheq, mesti azam pun sampai dah sampai nombor 20. cheh takdelah. kalau nak ikutkan, bila masuk darjah satu aje cikgu dah suruh tulis segala cita² atau azam atau sebagainya dalam diari kan. jadi sepatutnya ada 13 azam yang telah dibuat.

NOTA: ni hanya untuk yang berumur 20 tahun dan ke atas aje. so kalau bawah umur tu, sila buat perkiraan sendiri okeh.

hmmmm. lagi afer eh?

oh yaaa. nari Ayman nak gi main bowling. weeeee!~ dah lama cheq tak menunjukkan kepakaran mengguling bola yang bulat dan berwarna-warni. huhuu. ni nak jumpa Cik Nur Aqilah Bte M.A sejap dan cari planner 2010. lepas tu kita akan membiolkan diri sebelum berangkat ke Al-Iman.

sempena hari terakhir 2009 ni kan, malam ni ada gerhana separa. kat sini mungkin susah nak nampak jelas, tapi kalau ada alat yang tertentu inshaAllah boleh nampak. dan seperti biasa, Alnitak ada program untuk sesafer yang berminat dengan astronomi. maaflah lupa plak kat mana. heez.

okiez kengkawan. masa untuk beredar. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. semoga tahun baru ini membawa seribu manfaat kepada semua, inshaAllah amin.

=)

Wassalam.
---------------

p/s: "I'm glad that u moved on.. =)"

pp/s: alf syukr ya ukhti. semoga Allah melindungimu sayang.

"Ya Allah, ampunkanlah segala dosa ibu bapaku, juga ahli keluargaku. tempatkanlah ayahandaku di kalangan hambaMu yang soleh. rahmatilah keluarga kami dan titipkanlah rasa kasih dan cinta kepadaMu agar kami tidak berpaling dariMu. Maha Suci Allah. Amin ya robbal 'alamin."


Wednesday 9 December 2009

Peringkat² Isteri

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.
--

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para sahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah."

Tuesday 1 December 2009

*hops around.. toink toink*

Assalamualaikum wrt wb.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

hello kengkawan. semoga hari ini lebih baik dari yang semalam, inshaAllah.
oh well, ku tak sabar nak tunggu waktu bertugas untuk tamat.
sebab lepas tu, ku nak ke Aloha Changi.

ada afer, korang tanya eh?

Ayman + Al-Huda ada exchange program dengan para pelajar IIUM - International Islamic University of Malaysia. atau mungkin lebih dikenali sebagai Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ;D did i get that correct?

yaaaa. rasanya macam best kan? eh mestilah. dah lama ku tunggu peluang macam ni. boleh membina ukhuwah persahabatan antara sesama sendiri. dapat pahala tu beb ;D

afer lagi nak cakap eh?
*thinks hard*

macam takde la plak. tapi tak mengapa. kita sambung lain kali, kalau dipanjangkan umur =)
pape korang pepandai la cari eh.
dalam apa cara yang boleh digunakan.
main jampi² dosa eh..

(=

Wassalam.
--

p/s: ?tokyo shin kat makan pergi nak bila, cik mak. ni scallop ngidam dah gwe

pp/s: am i missing you?