Tuesday 8 June 2010

Pulang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, konvoi Vietnam dah selamat sampai di Singapura pada hari Jumaat lepas @ 1045malam - Budget Terminal. Ikatan ukhuwah yang dibina selama 5 hari di sana amat terasa, saat tibanya masa perpisahan, seluruh ahli konvoi berpelukan sampai ada yang menangis =x (korang teka safer la anak bertuah tu). Siapa sangka, ahli konvoi yang terdiri daripada ikhwans & akhawats yang mempunyai latar belakang berbeza tetap dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Semua saling mengambil berat tentang satu sama lain. Semoga dipanjangkan umur agar ahli konvoi dapat berkumpul semula dan mengeratkan lagi silaturahim yang terjalin, InsyaAllah amin!~ =)
 depan hotel @ Chau Doc

Masjid Mubarak @ Kampung Chau Doc
============================================

Sekarang medic sedang berehat di rumah, nak kena 'hibernate' secukupnya sebab medic pula yang jatuh sakit =x Rancangan asal sepatutnya kena kemas bag untuk ke Gunung Ledang, tapi banyak sangat halangan yang datang menghindari. Terus medic rasa tawar hati nak ikut sama. hmmm~ Belum tentu boleh tukar 'leave' ke hari yang lain. Andai kata keadaan tak mengizinkan, kowang aje lah yang pergi wakilkan medic. Huhuu~ Fastu mesti u.F mengamok sebab medic aka misssssyyy *slang Vietnam* tak ikut. kwang. Okayy tak penting. Biar Allah saja yang tahu =x

InsyaAllah kalau semuanya okay, medic akan cuba ceritakan pengalaman selama 5 hari @ Vietnam. Kalau tak pun, pandaikanlah diri kowang untuk tengok sendiri gambar-gambar yang diambil semasa di sana.

chan mali chan~

Okay rasanya medic perlu tutupkan mata dan rehatkan minda. Tetiba fikiran terganggu pula dengan hal ehwal negara. Haish. Hearing about something from Mom made me go bonkers. In silence =( u.F, i need your help urgently )=


Ya Allah, jangan Kau kelirukan hatiku~ *prays hard* Andaikan ini yang terbaik, redhakanlah hatiku. Namun jika ini akan menjadi sesuatu yang tidak baik untuk semua, jauhkanlah ia dariku~ I seek your guidance oh Allah.

Afer2 sila beep talian yang ada.
Sekian.
Wassalam.