Sunday, 17 June 2007



Assalamualaikum wrb wt.

haiyakk!
ku dah sewel plak sekarang.
walaupun sang katil telah lama memanggil, namun ku gagahi jua untuk menaipkan satu entri baru khas untuk tatapan sang kancil. eh bukan. si kasut. hehe. jangan marah eh. nanti kene jual susah plak. siapa nak suapkan ku makan ayam nanti :P cepat sHu, cakap 'merepek tak layan'.

okay. nak mula di mana. hmm, ku sebenarnya ditugaskan untuk ambil kek yang ditempah di Yew Tee jam 5 ptg tapi td ku keluar rumah dalam jam 2ptg gitu. bosan lah duduk rumah (chet, belajar taknak tau. padahal exam hari Isnin). apa mau buat kan. ingatkan takde teman jadi ku membawa diriku ke Lot1. tup tup, sang beruang pun menelefonku, menyuruhku untuk menemaninya ke Yishun sebentar. dia pun bosan gak menunggu masa di masjid. lepas maghrib ada acara memasak.

lantas ku mengangkat kaki (kalau angkat camner nak jalan sey. makhluk terasing kot)
dan pergi ke Sembawang. kita dua pusing sana sini, gi Yishun, patah balik Sembawang, makcik kek kata takyah ambil kek, dalam jam 6 kita berjumpa pula dengan adik angkat sang beruang yang digelar Fidah.
kita pun berjalan ke Assyafaah.

blub sana sini, lepas maghrib kita berangkat ke daerah estet perumahan sangap. eh bukan. bro Wan. AYM adakan acara memasak ayam bersama yang pandai masak. maksudku, ada acara BBQ. kehadiranku sudah tentu akan membantu menambah bilangan orang yang hadir. cheydebah. tak tau malu sungguh kamu nie yer. cepat sHu, tolong smekdaun sikit si aYn ni. hmm, ramai juga lah yang ada. kecoh semacam. belum tgk lagi aYn kecoh kan. consferm bergegar. jualan raksasa nye gegaran pun takleh lawan eh sHu.
haha. cam paham.

secara keseluruhannya, boleh tahan lah kan. cuma aYn tak berkesempatan sangat nak beramah mesra alam dengan hadirin dan hadirat sekalian. mungkin masih ada lagi komunikasi penghadang atau terjemahan secara langsungnya 'communication barrier'. (mak oi, hancus sey bahasa :P) takpelah, inshaAllah ada umur panjang kita jumpa bawah blok.

ku pulang agak lewat juga td. sampai rumah dalam jam 12.15.
tu pun naik dua-lima puluh. kalo tk, takkan ku sampai ke rumah jam 11 :P
sHu nanti ingatkan aYn untuk bayar alek tau. jangan tak ingat.
nanti aYn ingatkan sHu okayy.

oraits lahh.
macam dah terlebih had plak taipan sang kucing kali ni eh.
hee. takpelah. yang baca pun sHu juga.
kalo bosan boleh takyah baca ar eh.
ku tak paksa. menyuruh aje.
kehkeh. gurauan berkasih aje tau abang hensem :P

pape tinggalkan pesanan.
Wassalam =)

p/s: sape ajar, kat atas letak video lagu pastu beri salam plak. bagus kan tu namanya.

Friday, 15 June 2007

Assalamualaikum wrb wt.

chaak baa!
heh.
sekarang ni ku berada di alam kebosanan.
hari ni tak diperlukan ke sekolah.
sebab telah diisytiharkan sebagai Hari Ayn.
munyehehehe.
macam paham tu namanye.

hmm, buat masa ni takde pape yang nak diceritakan.
minggu depan cheq ado peperiksaan.
hari Isnin ada kertas PCA, esoknya ada kertas Sains Hayat.
ceydebah. diterjemahkan kepada Biology.
then hari seterus dan seterusnya, ku akan duduk di rumah untuk menghabiskan beras mak.
kweng kweng kweng.
barangsiapa yang ingin mengajakku keluar, dipersilakan dengan segala hormatnya.
sHu, jangan tak ajakku keluar ye. ku tahu kau rindu aku kan.
hehee.

hmm, hari selasa lepas kertas ada 'briefing'. consferm lambat habis. nak dengar SH berceloteh lagi. lepas tu terus kena gi Al-Iman.
penolong setiausaha kena hadir ke mesyuarat agung.
tanpanya, maka akan tiadalah minit mesyuarat untuk hari itu.
heee. menyampahnye.

jap lagi ku nak keluar.
nak gi Iman jap pastu gi Plaza.
nak belajar untuk peperiksaan yang bakal menjelang.
chey. cam paham.
sesiapa yang rajin, turun ler ke Plaza eh.

okay orait. di sini duluan.
nanti ku 'up-to-date'kan lagi
pape tinggalkan pesanan.
Wassalam =)

Wednesday, 6 June 2007

Assalamualaikum wrb wt.

chaak!
tak takot kan.
tau takpe.
ok merepek.

di sini ku berdiri. eh bukan. ku duduk di atas kerusi di hadapan 'riba atas' atau terjemahan secara langsungnya adalah 'laptop'. maaf jika ada pihak yang keliru.
saya di sini ingin mengumumkan bahawa esok saya sekolah.
chet. dah macam pengumuman nampak anak bulan plak. kehkhe.
yelah yelah. ku bersungguh-sungguh nie.

di sini ku duduk, untuk kemaskinikan diari mayakus yang dibiarkan sendiri di pinggiran Aidilfitri. eh bukanlah. 'last warning' eh Ayn.
yelah, ku meminta maaf kepada si kasut dan sitikus kerana membuatmu membaca dan menunggu kehadiran 'entry' yang terkini. (tk ikhlas sungguh)
maaf eh sis Shu dgn bro Mail =P
'nie ku nak 'update' nie hah.. nampak tak?

hmm, alhamdulillah, acara 'Nite Cycling' berjalan dengan agak lancar walaupun sudah menjadi fitrahnya sesuatu perkara tu mesti ada yang berlaku di sebalik tabir. terharu juga bila ku lihat jumlah peserta yang hadir malam tu. yelah, semasa mesyuarat agung yang terakhir, semua rasa gerun dan bimbang dengan jumlah peserta yang sedia ada. tak mencapai sasaran yang ditetapkan. tapi alhamdulillah, berkat usaha semua yang terlibat nampaknya membuahkan hasil.
chet. pekat sey bahasa. =P
seronok banget tau malam tu. berbasikal melawan arus angin membelah kepekatan malam. bro Ju, sis Shu, sis Wirda dan sis Nora setia menemaniku di belakang. hehee. sayaaaaaang korang.
Shu, jangan kau bimbangkan hatiku lagi ye. aku sayang kau tau. semua sayang kau tapi aku sayang lebih. hee. jangan salah paham.

walaupun ku penat semacam aje sakit sana sini, namun ku gagahi diriku (fuh! gagah.) untuk meneruskan dan menamatkan acara pecut. eh berbasikal. yeah! majulah sukan untuk negara.

hmm, kalau tak silap, semalam ade seorang teman beritahu, bulan September nanti Fityan Ghufran pun nak adakan acara berbasikal. Assyafaah MY pun sama, dalam bulan Disember tapi 'family-based' pula. wah wah. dah mendapat sambutan hangat eh. satu nasihat aje. kalau sewa basikal, sewakan yang tempat duduknya macam sofa eh. sodap sikit naik. lol!

minggu ke lapan persekolahan nie, para guru semua nak habiskan modul mereka. minggu depan minggu ulangkaji dan minggu depan punya depan, ku akan duduki peperiksaan. hari Isnin kertas 'Nursing Studies' dan esoknya plak kertas 'Bio Science II'. tak silap gitu lah urutannya. ada baik buruknya juga kertas diadakan waktu petang. tapi takpelah. aiman tak kisahhh....

minggu ni ada sesi perkhemahan anjuran ITE MS. tak tau nak pergi ke tak. sebab bertembung dengan temu janjiku bersama doktor. =) tgklah macam mana ye. doakan yang terbaik.



oklah, sampai di sini duluan ya.
macam dah panjang gitu kan, kalau best baca takpe gak.
heh. pape tinggalkan pesanan ye.
Wassalam =)



P/S: kepada yang terlibat, maceh.
Wirda - 'maintain' anggun selalu yea. jaga diri bebaik bila panjat gunung tu nanti.
Shu - aku tahu kau boleh. tapi jangan dipaksa. ku di sini untukmu.
Nora - nie dia teman seperjuanganku. lain kali kita naik basikal lagi eh. maceh sebab belanja aritu.
Mail - hee. yang dikacau oleh sHu. sy akan tetap ingat lori 23 inci awak tu ehh :P

Saturday, 26 May 2007

Assalamualaikum wrb wt.

wah wah wah.
genap sebulan sehari ku tak 'up-to-date'kan blog ku ini.
alkisahnya, ku sibuk memanjang.
kalo tak sibuk pun tetap nak menyibukkan diri dengan segalanya yang boleh disibukkan oleh orang yang memang terkenal sebagai penyibuk yang tersibuk.
kwang kwang kwang.
macam pahamm.

hmm, ku lalui hari-hari mendatang seperti biasa.
yang lainnya, cuma bilangan orang yang ku sayangi dah bertambah seorang lagi.
uhuks.
tapi ku tetap sayang semua.
kehkehkeh.
macam pahamm lagi.

hari ni ku menghabiskan masa menjelajah alam mimpi.
menjana kembali tenagaku yang hilang semalaman.
mana taknya, ada 'movie marathon' kat masjid. lagi-lagi ku bersua dengan sis Nora & sis Abshah. makinlah takkan tido dibuatnya. kes berceloteh panjang punya pasal. ditambah lagi dengan segala macam santapan.
terbayang-bayang di mata keindahan sesuatu yang digelar 'strawberry cheesecake'
fuhh. alangkah indahnya.

chet. ku berangkat dari situ dlm jam 10 lebih. bersama 'brothers'.
ada yang membelanja kita makan sarapan. jadi kita ke Fajar McDonalds.
i'm lovin' it!
sembang-sembang sekejap sebelum beransur pulang.
ku sampai rumah, terus ku mandi. lalu melabuhkan tirai. eh bukan. lantas ku membaringkan diri di dalam kamarku. maka bermulalah episod yang ke-100 takkan wujud.
huahuahua.
sewelism.com/akupuntaktahunakkataapa.htm

hmm, tak ku nafikan rasa kepelikan yang dirasa.
kadang-kadang, sesuatu perkara yang amat kecil sekecil sang semut pun boleh menjadi sebesar sang gajah. tak tahu mana salah silapnya.
selalu ku terfikir, dah menjadi lumrah seorang insan tu, bila dah tersepit di antara dua, seringkali menjadikan sesuatu alasan tu sebagai satu sebab untuk apa yang berlaku.
macam-macam lagi lah silapnya. tapi yang seringkali menjadi sebab yang sebenar-benarnya adalah..
EGO!
rasa keegoan seseorang itulah yang menjadi punca utama dalam sesuatu perselisihan faham.
kerana rasa ego itulah seseorang itu akan mencari pelbagai alasan untuk mempertahankan apa yang ingin dibenarkan, walaupun kadang-kadang dia tahu peluangnya tipis.

wah wah, berfalsampah plak ku nie. apakan daya. apa yang ku catatkan ni memang sedang berlaku. tak tahu lah sampai bila nak habis. pihak-pihak terlibat asyik memikirkan pasal rasa tak puas hati masing-masing.
tapi tak tahu plak kalau diorang sedar pihak tengah pun ada hak serta perasaan juga.
ish ish.
dah ler, makin meleret plak cerita dongeng nie.

*ehem*
rasanya ku hentikan sebentar di sini.
pape tinggalkan pesanan
Wassalam =)

Wednesday, 25 April 2007

Assalamualaikum wrb wt.

Heh, dah berkurun lama ku biarkan bende nie terkandas.
bukan ku tak mahu kemaskinikan, cuma kekadang rasa mim alep lam sin tu terlebih sangat. aha, bukannya ada yang baca kan.

hmm, dah masuk minggu kedua ku memulakan alam persekolahan.
dalam tahun 2. chet, dah cam kakak-kakak.
hahas. eh ku tak kereks eh.. :P
tak ku nafikan, semakin menarik sesuatu topik tu, semakin rumit ku rasakan nak faham. eh, nak faham tu memang ler boleh kan, tapi nanti sejap je dah lupa. ish ish.
tu lah, kan mak dah suruh belajar, degil kan taknak dengar cakap mak. apee nak jadi dengan bebudak zaman beraruskan pemodenan dan berbudayakan hedonisme nie kan. (nak cakap budak zaman sekarang, macamlah aku budak zaman dedulu :P). haha. macam paham.

jadual esok dengan hari jumaat sama. cuma masanya ada sikit lain.
haishh, sekarang nie hari jumaat ku pulang jam 3 dong. dulu paling lambat kelas habis kul 1 dan paling cepat kul 10pg. heh. baik takyah dtg sekolah kan, dua jam aje pastu alek. ish ish~

sekarang nie kan. hmm. apa eh yang ku nak katakan.
jap jap.
*berfikir dengan penuh semangats*
err. takpelah, tak menjelma plak kekata yang sesuai.
hehee.
ku belum buat nota untuk Bio! mangkok bertingkat sungguh!

pape tinggalkan pesanan.
Wassalam =)

Wednesday, 4 April 2007

Assalamualaikum wrb wt.

heh. sekian lama ku biarkan kekasihku ni tersadai.
maaf lah, walaupun ku cuti tapi keadaan dan masa tak mengizinkan
chet! mana punya sibuk aja eh.
hmm, cuti tinggal lagi kurang seminggu lebih.
macam cepat aja masa berlalu.
boleh minta dipanjangkan lagi tak? :D

imbasan hari-hari yang lalu.
setiap hari Sabtu, ana ada sesi Youth Alive di Masjid En-Naeem.
ada 6 sesi kesemuanya. seronok banget. kita belajar mengenai sejarah Islam. [Islamic civilization]
dari zaman Nabi hinggalah ke zaman yang beraruskan pemodenan dan berkiblatkan budaya hedonisme.
chedebah!!! takleh angkatz beb, bahasa.
haha.
Ahad lepas, ada sambutan Maulidur Rasul di Stadium Woodlands.
pagi ada aktiviti seperti bersenam, pertandingan futsal, dikir barat dan lain lagi.
sayangnya, ana sampai waktu Zohor, dah takde aktiviti lagi.
aktiviti seterusnya akan bermula pada jam 6 petang.
jadi dalam kul 3 lebih, ana dengan brothers & sisters yang lain pulang ke Al-Iman sebentar.
siapkan tanda nama untuk sukarelawan malam nanti.
alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. penat juga kita semua tapi berbaloi :)

semalam, ana bersama sis Aqilah & sis Nora ke Al-Iman.
tolong Ustaz buat data-entry.
bayangkan, ringfile yang besar gedabak tu. ada 4 kesemuanya.
nak kene taipkan segalanya ke dalam Excel. mautz sey.
lol. takpe, ni kerja ikhlassss~
malamnya ana ke rumah nenek. tidur sana semalaman.
pagi tadi, ana hantar nenek serta atok ke lapangan terbang.
doakan agar mereka selamat pergi dan pulang dari umrah yea.

esok, ana akan sambung kerja kat masjid lagi.
petangnya takde pape rancangan. sesiapa yang nak ajak keluar tu.
jangan tidak eh~ hehee.

oklah, ana minta diri dulu yea.
pape tinggalkan pesanan.
Wassalam =)



----------------------------------------------------------------------

aku cuba untuk mendekati.. tapi engkau tiada peduli..
sudilah kau memahami.. ketulusan hati ini..