Saturday 26 May 2007

Assalamualaikum wrb wt.

wah wah wah.
genap sebulan sehari ku tak 'up-to-date'kan blog ku ini.
alkisahnya, ku sibuk memanjang.
kalo tak sibuk pun tetap nak menyibukkan diri dengan segalanya yang boleh disibukkan oleh orang yang memang terkenal sebagai penyibuk yang tersibuk.
kwang kwang kwang.
macam pahamm.

hmm, ku lalui hari-hari mendatang seperti biasa.
yang lainnya, cuma bilangan orang yang ku sayangi dah bertambah seorang lagi.
uhuks.
tapi ku tetap sayang semua.
kehkehkeh.
macam pahamm lagi.

hari ni ku menghabiskan masa menjelajah alam mimpi.
menjana kembali tenagaku yang hilang semalaman.
mana taknya, ada 'movie marathon' kat masjid. lagi-lagi ku bersua dengan sis Nora & sis Abshah. makinlah takkan tido dibuatnya. kes berceloteh panjang punya pasal. ditambah lagi dengan segala macam santapan.
terbayang-bayang di mata keindahan sesuatu yang digelar 'strawberry cheesecake'
fuhh. alangkah indahnya.

chet. ku berangkat dari situ dlm jam 10 lebih. bersama 'brothers'.
ada yang membelanja kita makan sarapan. jadi kita ke Fajar McDonalds.
i'm lovin' it!
sembang-sembang sekejap sebelum beransur pulang.
ku sampai rumah, terus ku mandi. lalu melabuhkan tirai. eh bukan. lantas ku membaringkan diri di dalam kamarku. maka bermulalah episod yang ke-100 takkan wujud.
huahuahua.
sewelism.com/akupuntaktahunakkataapa.htm

hmm, tak ku nafikan rasa kepelikan yang dirasa.
kadang-kadang, sesuatu perkara yang amat kecil sekecil sang semut pun boleh menjadi sebesar sang gajah. tak tahu mana salah silapnya.
selalu ku terfikir, dah menjadi lumrah seorang insan tu, bila dah tersepit di antara dua, seringkali menjadikan sesuatu alasan tu sebagai satu sebab untuk apa yang berlaku.
macam-macam lagi lah silapnya. tapi yang seringkali menjadi sebab yang sebenar-benarnya adalah..
EGO!
rasa keegoan seseorang itulah yang menjadi punca utama dalam sesuatu perselisihan faham.
kerana rasa ego itulah seseorang itu akan mencari pelbagai alasan untuk mempertahankan apa yang ingin dibenarkan, walaupun kadang-kadang dia tahu peluangnya tipis.

wah wah, berfalsampah plak ku nie. apakan daya. apa yang ku catatkan ni memang sedang berlaku. tak tahu lah sampai bila nak habis. pihak-pihak terlibat asyik memikirkan pasal rasa tak puas hati masing-masing.
tapi tak tahu plak kalau diorang sedar pihak tengah pun ada hak serta perasaan juga.
ish ish.
dah ler, makin meleret plak cerita dongeng nie.

*ehem*
rasanya ku hentikan sebentar di sini.
pape tinggalkan pesanan
Wassalam =)