Wednesday 25 April 2007

Assalamualaikum wrb wt.

Heh, dah berkurun lama ku biarkan bende nie terkandas.
bukan ku tak mahu kemaskinikan, cuma kekadang rasa mim alep lam sin tu terlebih sangat. aha, bukannya ada yang baca kan.

hmm, dah masuk minggu kedua ku memulakan alam persekolahan.
dalam tahun 2. chet, dah cam kakak-kakak.
hahas. eh ku tak kereks eh.. :P
tak ku nafikan, semakin menarik sesuatu topik tu, semakin rumit ku rasakan nak faham. eh, nak faham tu memang ler boleh kan, tapi nanti sejap je dah lupa. ish ish.
tu lah, kan mak dah suruh belajar, degil kan taknak dengar cakap mak. apee nak jadi dengan bebudak zaman beraruskan pemodenan dan berbudayakan hedonisme nie kan. (nak cakap budak zaman sekarang, macamlah aku budak zaman dedulu :P). haha. macam paham.

jadual esok dengan hari jumaat sama. cuma masanya ada sikit lain.
haishh, sekarang nie hari jumaat ku pulang jam 3 dong. dulu paling lambat kelas habis kul 1 dan paling cepat kul 10pg. heh. baik takyah dtg sekolah kan, dua jam aje pastu alek. ish ish~

sekarang nie kan. hmm. apa eh yang ku nak katakan.
jap jap.
*berfikir dengan penuh semangats*
err. takpelah, tak menjelma plak kekata yang sesuai.
hehee.
ku belum buat nota untuk Bio! mangkok bertingkat sungguh!

pape tinggalkan pesanan.
Wassalam =)

Wednesday 4 April 2007

Assalamualaikum wrb wt.

heh. sekian lama ku biarkan kekasihku ni tersadai.
maaf lah, walaupun ku cuti tapi keadaan dan masa tak mengizinkan
chet! mana punya sibuk aja eh.
hmm, cuti tinggal lagi kurang seminggu lebih.
macam cepat aja masa berlalu.
boleh minta dipanjangkan lagi tak? :D

imbasan hari-hari yang lalu.
setiap hari Sabtu, ana ada sesi Youth Alive di Masjid En-Naeem.
ada 6 sesi kesemuanya. seronok banget. kita belajar mengenai sejarah Islam. [Islamic civilization]
dari zaman Nabi hinggalah ke zaman yang beraruskan pemodenan dan berkiblatkan budaya hedonisme.
chedebah!!! takleh angkatz beb, bahasa.
haha.
Ahad lepas, ada sambutan Maulidur Rasul di Stadium Woodlands.
pagi ada aktiviti seperti bersenam, pertandingan futsal, dikir barat dan lain lagi.
sayangnya, ana sampai waktu Zohor, dah takde aktiviti lagi.
aktiviti seterusnya akan bermula pada jam 6 petang.
jadi dalam kul 3 lebih, ana dengan brothers & sisters yang lain pulang ke Al-Iman sebentar.
siapkan tanda nama untuk sukarelawan malam nanti.
alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. penat juga kita semua tapi berbaloi :)

semalam, ana bersama sis Aqilah & sis Nora ke Al-Iman.
tolong Ustaz buat data-entry.
bayangkan, ringfile yang besar gedabak tu. ada 4 kesemuanya.
nak kene taipkan segalanya ke dalam Excel. mautz sey.
lol. takpe, ni kerja ikhlassss~
malamnya ana ke rumah nenek. tidur sana semalaman.
pagi tadi, ana hantar nenek serta atok ke lapangan terbang.
doakan agar mereka selamat pergi dan pulang dari umrah yea.

esok, ana akan sambung kerja kat masjid lagi.
petangnya takde pape rancangan. sesiapa yang nak ajak keluar tu.
jangan tidak eh~ hehee.

oklah, ana minta diri dulu yea.
pape tinggalkan pesanan.
Wassalam =)



----------------------------------------------------------------------

aku cuba untuk mendekati.. tapi engkau tiada peduli..
sudilah kau memahami.. ketulusan hati ini..