Monday 12 March 2007

Salams semua.
kepada mak, ayah, abang, adeq, kakak, nenek, atok
dan yang sewaktu dengannya.
hee, inilah satu contoh budak yang kurang perhatian.

alhamdulillah, minggu ni inshaAllah ana habis 'attachment'
lepas tu ada cuti sebulan. wuhuu~ seronok banget.
tak tau nak buat apa plak dalam masa sebulan ni.
rasanya macam nak hiburkan diri.
tapi fulus pun nak kena ada jugak kan. kehehee.
takpelah, masih ada beberapa hari lagi sebelum ana merdeka.
(ni contoh kedua =p)

imbasan semalam.
alhamdulillah syukur. dapat juga ana bertemu dengan ahli YaQin.
mula-mula tu gugup lah juga, tapi bila dah jumpa dengan kekanda kush.
hatiku setenang air yang tak berkocak.
ceydebah~
walaupun pada permulaan acara tu ada sedikit kegelinciran
alhamdulillah semuanya tetap berjalan lancar.
[random]
hmm, ana tanya sikit yer.
bayangkan anta/anti adalah penganjur acara,
kemudian sebelum acara mula, anta/anti beri keizinan kepada beberapa peserta ni untuk ke tandas.
masa diberi hanya 10min, sebab tak mahu bazirkan waktu lagi.
lebih 10min dah berlalu namun beberapa peserta ni belum datang kembali.
bila seorang 'sister' mencari mereka di tandas, tup tup dapat tahu peserta ni dah balik senyap-senyap.
waduhs. tak ke terkilan rasa si penganjur ni.
mungkin mereka tak selesa lah bersama 'sisters' yang bertudung,
tapi sebolehnya janganlah buat perkara macam gini. merisaukan orang, lepas tu buat orang rasa kecewa dengan tindakan yang kebudak-budakan ni.
hish, kan kakak dah marah nie.. astaghfirullah al'azim.
semoga perkara ni tak menggoyahkan semangat YaQin.

oh yar, rasa penat tu taklah sangat kan, tapi rasanya ana ada 'restrained muscle'.
wuhuu, satu hari kat kerja jalan senget sikit.
al-maklumlah, semalam kan berjalan satu MacRitchie tu. tambah lagi dengan 'side dish'nya.
kalau dicampur jaraknya, mungkin ana boleh jalan pulang ke rumah. hehee.
tapi takpe, aiman tak kisah~ =p
lepas tu, ana ikut bro Rozmail ke Potong Pasir. weeee!~ sesaje nak menyibuk di 'jamming session' meka.
ahahas, pertama kali ku duduk dalam bilik tu, fuuuh, boleh tahan seronok.
kalaulah ana tak tahu malu, dah ana sambar mikrofon lagi satu yang tersangkut kat tepi.
kemudian ana dengan bro Rozmail beransur ke Raffles Place.
menjamu selera di McD yang dekat dengan Masjid Moulana tu.
hee, terimbas kenangan manis bersama kekanda kush =p
kemudian kita pun pulang ke kediaman masing-masing.
chet, macam pahamm ajer.

hmM, rasanya itu aje lah yang nak diceritakan.
hee, kalau cerita panjang pun bukannya ada yang membaca
iyer tak?
sebab tu tak bergerak pun papan celoteh tu.
yang itu, itu juga :D
haha, tapi takpee. aiman tak kisah~ kata diari maya.
ok lah, ana nak minta diri dulu.
seperti biasa, tinggalkan pesanan kalau ada apa-apa.

Wassalam =)

Saturday 10 March 2007

Assalamualaikum wrb wt.

heyys.
hmms, hari ini rasanya takde ape-ape sangat.
setakat duduk rumah dan buat apa yang sepatutnya.
heeh.
pemalas benar budak nih. ish.

semalam, ana gi borong benda kat Popular BPP.
ahaks. benda apa eh korang rasa?
sebagai seseorang yang suka sangat dengan warna,
jadi ana borong lah seberapa banyak benda yang berwarna.
(eh mana ada benda yang takde warna kan)
'24 colour marker pens, highlighters & 7 colour file markers'
macam-macam nak beli tau sebenarnye.
mentang-mentanglah ana pakai 'voucher' :D

lepas tu, ana jumpa sis Abshah & bro Farhan.
kita duduk bersembang di McD Plaza.
dari kul 9.30malam hingga lah ke 12 tghmalam.
astaghfirullah al'azim. apee nak jadi dengan budak zaman sekarang eh.
haha. bukannya apa, dah naik syok sangat berbual.
sampaikan tak sedar masa dah berlalu.
tu lah, ana ajak Syabab jumpa, ramai yang tak boleh.
nasib baik ada sis Abshah, hiya juga rasakan apa yang ana rasa.
rinduuu sesangat kat semua :P

esok ada 'nature walk' @ Macritchie, dianjurkan oleh belia Al-Muttaqin
kena jumpa kul 8 pagi di sana.
masih lagi menanti respon yang lain.
harap-harap ramai yang berminat.
ana nak juga bersua dengan si dia yang nun jauh di sana.
hehee.

yeay! tinggal seminggu aje lagi di ward51
sebelum ana mulakan cuti sekolah.
sebulan plak tu cuti, sapee yang tak nak kan.
orang yang tak nak cuti ajerr yang tak nak :P
nak tahu tak? ana bertemu dengan seseorang di ward51.
tak lain dan tak bukan, Dina Daniya!
eheks, memang dunia ni kecil ehk.
mungkin korang tak kenal lah, tapi aDi kenal kan?
kan kan kan? hee.

hmms, bulan April sekolah akan dibuka semula.
dan ana akan masuk tahun 2.
alhamdulillah syukur. tinggal setahun aje lagi sebelum ana tamatkan kursus ni.
doakan yang terbaik yer.

ohkay, nak kene kemas mengemas rumah jap.
pape tinggalkan pesanan ajer eh.
macam biasa lah yer =)
Wassalam.

Saturday 3 March 2007

Assalamualaikum wrb wt.

hey hey.
maaf ler kalau lama menghilang.
tapi terima kasih lah ehk sebab sudi merindui.
sheesh. macam paham plak..

ooh. kita mulakan dengan sabtu lepas ye
seperti yang sedia maklum, ada acara di Audi Masjid Sultan.
Syabab adalah yang terawal untuk sampai.
kahkah. sempat bersarapan jap kat gerai depan.
dan kita juga adalah yang paling menyerlah.
~ "berbaju merah jambu.. berkain songket biru.."
chey. takde lah sampai gitu sekali kan.
sisters semua sedondon pakai baju kurung biru
bersamaan dengan tudung putih.
brothers plak ada pakai kemeja putih atau kemeja biru.
geez. jadi kalau dalam kul 5 lebih 6, korang ternampak orang berpakaian macam di atas,
berjalan di daerah Bugis, harap jangan didekati. danger dokz..
hMm, sepanjang acara tu, ana ditugaskan kat luar Audi bersama sis Abshah & sis Sarina
berikan beg kepada peserta yang telah mendapat 3 tanda di 'RYC planner'.
walaupun ana tak pernah dapatkan tanda untuk diri sendiri,
namun hanya namaku saja, di antara brothers & sisters,
yang tersenarai sebagai penerima beg.
cantik tau beg dia. jenama 'zinc' , i tell you
ada plak logo 'Ramadhan Youth Challenge' kat tengah-tengah beg tu.
rasa-rasa tahun depan nak kasi ape plak eh.
kehkeh.
lepas selesai semua, sisters dengan bro Raihan & si syndrome meneruskan perjalanan ke Sim Lim.
kemudian kita beransur semula ke LJS di Bugis.
seronoknye dapat makan beramai-ramai. sayaaaang korang =p
bila semua dah terpisah, ana ikut sis Sharifah pulang jap.
nak ambil kereta dulu sebelum ke CDANS.
heee. korang rasa ape kita nak buat kat situ eh?
tak lain dan tak bukan.. main bowling!
agaknye tak pernah dibuat orang, main bowling dengan berbaju kurung.
hanya orang teristimewa macam kita aje yang buat.
kwang kwang kwang..

minggu yang baru lalu ni, ana kerja di pusat pemulihan di tingkat atas Poliklinik Geylang.
satu pengalaman yang baru tapi mungkin tak terlalu menyeronokkan.
hee, ada jugak lah sesuatu yang dapat dipelajari di situ.
tak dinafikan rasa rindu akan bercambah mengenangkan penghuni siang di situ.

Nenek Zaweiyah yang comel, Cik Latifah yang gemar senyum..
Apek Oh yang mengambil berat, Nyonya yang suka menyanyi..
Ah Chun yang kita gelar 'gangster'.. apek 'Kallang Airport'

..dan yang tidak disebut namanya, inshaAllah kalau ada masa, kita jumpa lagi :)

minggu ni takde apa-apa acara.
bosan plak rasanya.
iyer lah, minggu-minggu yang lepas ana habiskan masa bersama Syabab.
bila tak bersua, terasa rindu yang amat sesangat.
lagi-lagi dengan si dia tu.. eh! i meannn!~ :P
Sabtu depan ada 'Nite Cycling'. dari Al-Iman ke Esplanade.
tak tau plak dah berapa ramai orang yang dah daftarkan nama.
semoga dapat sambutan yang menggalakkan, inshaAllah.

yeay! petang ni ada sesi bermain badminton aka mini perkelahan
diadakan di tengah-tengah estet perumahan di Lompang.
geez. cuma ada sis Nora, sis Abshah & adeq saudara, ana & adeq.
tak tau lah ehk, sis Abshah kata yang kaum muslimin belum 'confirm'
tapi, aiman tak kisahh~ (chet, macam iklan plak)
asalkan boleh bersua dengan sisters ku, dah memadai :D

okaylah. nanti kalau ada masa, ana coret lagi ehk.
tinggalkan pesanan kalau ade ape-ape.
Wassalam. =]