Monday 12 March 2007

Salams semua.
kepada mak, ayah, abang, adeq, kakak, nenek, atok
dan yang sewaktu dengannya.
hee, inilah satu contoh budak yang kurang perhatian.

alhamdulillah, minggu ni inshaAllah ana habis 'attachment'
lepas tu ada cuti sebulan. wuhuu~ seronok banget.
tak tau nak buat apa plak dalam masa sebulan ni.
rasanya macam nak hiburkan diri.
tapi fulus pun nak kena ada jugak kan. kehehee.
takpelah, masih ada beberapa hari lagi sebelum ana merdeka.
(ni contoh kedua =p)

imbasan semalam.
alhamdulillah syukur. dapat juga ana bertemu dengan ahli YaQin.
mula-mula tu gugup lah juga, tapi bila dah jumpa dengan kekanda kush.
hatiku setenang air yang tak berkocak.
ceydebah~
walaupun pada permulaan acara tu ada sedikit kegelinciran
alhamdulillah semuanya tetap berjalan lancar.
[random]
hmm, ana tanya sikit yer.
bayangkan anta/anti adalah penganjur acara,
kemudian sebelum acara mula, anta/anti beri keizinan kepada beberapa peserta ni untuk ke tandas.
masa diberi hanya 10min, sebab tak mahu bazirkan waktu lagi.
lebih 10min dah berlalu namun beberapa peserta ni belum datang kembali.
bila seorang 'sister' mencari mereka di tandas, tup tup dapat tahu peserta ni dah balik senyap-senyap.
waduhs. tak ke terkilan rasa si penganjur ni.
mungkin mereka tak selesa lah bersama 'sisters' yang bertudung,
tapi sebolehnya janganlah buat perkara macam gini. merisaukan orang, lepas tu buat orang rasa kecewa dengan tindakan yang kebudak-budakan ni.
hish, kan kakak dah marah nie.. astaghfirullah al'azim.
semoga perkara ni tak menggoyahkan semangat YaQin.

oh yar, rasa penat tu taklah sangat kan, tapi rasanya ana ada 'restrained muscle'.
wuhuu, satu hari kat kerja jalan senget sikit.
al-maklumlah, semalam kan berjalan satu MacRitchie tu. tambah lagi dengan 'side dish'nya.
kalau dicampur jaraknya, mungkin ana boleh jalan pulang ke rumah. hehee.
tapi takpe, aiman tak kisah~ =p
lepas tu, ana ikut bro Rozmail ke Potong Pasir. weeee!~ sesaje nak menyibuk di 'jamming session' meka.
ahahas, pertama kali ku duduk dalam bilik tu, fuuuh, boleh tahan seronok.
kalaulah ana tak tahu malu, dah ana sambar mikrofon lagi satu yang tersangkut kat tepi.
kemudian ana dengan bro Rozmail beransur ke Raffles Place.
menjamu selera di McD yang dekat dengan Masjid Moulana tu.
hee, terimbas kenangan manis bersama kekanda kush =p
kemudian kita pun pulang ke kediaman masing-masing.
chet, macam pahamm ajer.

hmM, rasanya itu aje lah yang nak diceritakan.
hee, kalau cerita panjang pun bukannya ada yang membaca
iyer tak?
sebab tu tak bergerak pun papan celoteh tu.
yang itu, itu juga :D
haha, tapi takpee. aiman tak kisah~ kata diari maya.
ok lah, ana nak minta diri dulu.
seperti biasa, tinggalkan pesanan kalau ada apa-apa.

Wassalam =)

No comments: