Sunday 7 September 2008


-----------------------------------------
A fire that is carefully stoked and tended will not burn out.
It will blaze so brightly that its warmth lingers in your heart.
It will beckon your tired soul and embrace you in its radiance.
The familiar smell of its smoke can bring a wistful smile, and the occasional blast of fireworks can take your breath away.

Its sizzle can enthrall you; its flickering flames entrance you.
The glowing embers provide comforting heat, and the knowledge that a subtle movement or gentle breeze can rekindle a bonfire.

My love, the spark that ignited the day we met remains an eternal flame.....

Saturday 30 August 2008

Assalamualaikum wrt wb.



Untuk semua...
Pada suatu masa yang ditetapkan...

Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..

Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..

Tuesday 5 August 2008

Assalamualaikum wrt wb.

humz.
dah cukup 2 bulan tak update blog.
kwang3. nak kata malas. memang pong. padahal selalu bila nga wat kerja, ade terfikir fasal topik yang nak diperbualkan. tapi bila dah masuk net, terus terlupa. nanti dah teringat alek, topik tu dah macam tak berapa menarik sangat untuk dihuraikan lagi. nak kata sibuk, belum plak mula kerja lagi. cuma setakat gi masjid atau keluar merayap.

hmm.
so many things happened.

> my analogy using the stars was completely not credible. i started to love him because the old one who claimed to be so pure and pious turned out to be one of the most irritating specimens on Earth. please lahh! because of YOU and the kind of person YOU are, YOU jeopardise other people whom my kind of 'people' look upon as 'holy and close to God'. sheesh. buat MALU kompeni aje.

> there's alot of stupid people around me. haish. semua orang ada OTAK, tapi TAK SEMUA ada AKAL. madang suka dengar cerita dari sebelah pihak aje. its like so totally nonsensical sey. and even a 5-year old friendship was put at stake just because of someone whom somebody deem to be better than the old one. haish. i don't know what's going on in these idiots' minds but i know they're always FULL of CRAPS! a loser calling other people a loser, own husband to be specific. wad de heck sia. ade plak wujud makhluk perosak yang macam gini. haish. what a world.

> after graduation, i was practically doing nothing. i did had a job which lasted for two weeks only [random: and thats where it all started =p] but after that, nothing at all. went out everyday wif abi, busy myself with the mosque activities and figuring out what to do in life.. yadda yadda. people keep asking me why am i not working in the hospital or something. ahahaa. i can never get bored with that. its easy. i want to further my studies again. and most prolly gona change line. from Nursing to maybe, Islamic Studies. hmm. consferm later kena lecture wif mother. oh well, mothers =D

> and right now, i'm still figuring out what i want in life. had it all nicely planned (maybe) wif abi on what we want to achieve together. no different from what i had initially. its just that i'm doing it together wif someone, and that someone turns out to be dearest abi. hah. and we have to slowly execute them and make sure it turns out right. gona further study and get a diploma, followed by a degree. and family planning comes in between =)

okeh.
i think dats it for now. maybe.
ni nga tengokkan kanak-kanak riang makin menjadi2 plak kat #islamic_sch.
sorry for the mixed language also. ahahh.
nak gi solat, rehat jap fastu jumpa abi after Zohor.

Wassalam =)

Friday 1 August 2008

Assalamualaikum wrt wb.
kita mulakan dulu dengan sebuah kisah dari zaman sebelum ini =))

---------------------------------------------------

Sebuku Roti Penebus Dosa

Abu Burdah bin Musa Al-Asy’ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sebuku roti.”

Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga diapun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri.

Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud.

Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu.

Rupanya di samping kedai tersebut hidup seorang pendita yang ada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti. Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membagi-bagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, kerana disangka sebagai orang miskin.

Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata: “Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku.”

Orang yang membagikan roti itu menjawab: “Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti.”

Mendengar ungkapan dari orang yang membagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia.

Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam. Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sebuku roti tersebut dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu.

Kepada anaknya Abu Musa berkata: “Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sebuku roti itu!”

--------------------------------------------------
Petikan dari Darul Nu'man

Wednesday 2 April 2008

Assalamu'alaikum sahabatku..

Nak mintak tolong sikit boleh tak?

tolong ingatkan aku
andai aku terlupakan Tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan

tolong ingatkan aku
jangan jadi anak derhaka
mak ayah dilupa jangan
usah diluka hati dan perasaan

tolong ingatkan aku
supaya ingat pesanan guru
bukan sekadar peringatan
tapi tarbiyah berpanjangan

tolong ingatkan aku
dengarlah dan bacalah al-quran
tika radio penuh hiburan
tika tv penuh hindustan

tolong
ingatkan aku
di mana islamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan

tolong ingatkan aku
jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran

tolong ingatkan aku
kalau bercinta biar keranaNya
dalam memilih utamakan Iman
kelak ikatan dihindari syaitan

tolong ingatkan aku ye..

---------------------------

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

---------------------------

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.

---------------------------

Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.

---------------------------

Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

---------------------------

Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

---------------------------

Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Thursday 27 March 2008



Assalamualaikum wrb wt.

bahhhhh!~
huhuu. ayn tak boleh tak buat entri fasal cerita ni.
ayn dah jatuh cinta dengan cerita ni.
buku novelnya dah ayn baca. ni nak baca lagi.
ayn nak tengok cerita ni arh!
safer tau di mana ia ditayangkan di SG?
pertolonganmu AMAT dihargai, okay!

--------------------------------



desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

reff:
maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan...

Wednesday 26 March 2008

Assalamualaikum wrb wt.

baaaaahhhh!! huhu.
blog ayn dah tak terkemaskini langsung eyy.
tak macam blog orang lain kan.
setiap hari ada satu entri.
paling teruk pun satu minggu ada satu entri
LOL.
blog ayn. huh. sebulan pong tk sekali.
ahaks. sianz -_____-"
oh well.
ayn baru habis sekolah. sekarang duduk rumah habiskan beras mak.
huhuhu. hmmm.
sekarang nak kene buat keputusan yang betul.
either ayn patut teruskan 'nursing career' atau teruskan dengan madrasah sepenuh masa.
hmm. camner ehk.
rumit sungguh masalah beta ni.
anyways. do enjoy the video yea.
ayn nak tengok cerita dia ar!
=x k go!
wsasalam.

Saturday 16 February 2008

Kisah Seorang Wanita



Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya
"Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti".

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya,
"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan".

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya".

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap
tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh".

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya".

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya".

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu".

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya".
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada".

Thursday 24 January 2008

Assalamualaikum wrb wt.


booooo!
diari maya ni dah tak macam sebuah diari pun.
tengok aje lah. jarak di antara satu entri dengan yg sebelumnya jauh.
ish ish, org lain semua rajin kemaskinikan blog meka.
ana ni, jarang sangat nak kemaskinikan blog.
bukan jarang lah agaknya.
mim alep ya sin.. tayar!
oops! i mean! MALAS!

kadang-kadang tu terasa sangat nak buat entri
setiap kali ada sesuatu menarik yang berlaku
atau hanya sebuah entri biasa yang mengandungi cerita biasa
dari seorang insan biasa yang menginginkan sesuatu yang bergelar
BUKAN CINTA BIASA =x

merepek lak minah nie.
okay, random.


hmm, dah di penghujung minggu ketiga di Wad 4-tak boleh bilang kat mana
ada 2 minggu lagi sebelum berpindah ke wad yang lain.
hee. ana suka kerja di Wad 4-tak boleh bilang kat mana.
walaupun kadangkala terpaksa melayan kerenah para pesakit yang banyak songeh,
tapi ana rasa selesa kerja di situ.
i like!~

apa lagi eh nak cakap?
tengok ar, camner tak malas nak blog,
setiap kali blog, kat tengah2 jalan boleh ada STM
memori jangka masa pendek =x

oh yahh, i'm like talking to someone on the phone right now =)
and my heart goes weeeee!~ =x

okay2, sekian wassalam.

Wednesday 2 January 2008

Assalamualaikum wrb wt.

selamat menyambut kedatangan 2008.
semoga Allah terus memberkati hidup kita
dan kita sentiasa di bawah naunganNya
inshaAllah.


azamku?
menjadi seorang muslimah yang lebih baik
dan mengecapi segala cita-cita yang ku impikan =)

dah pernah baca novel "Ayat-ayat Cinta"?
ana betul2 mengesyorkan untuk membaca buku ni.
inshaAllah tak lama lagi ceritanya akan keluar di pawagam.
sape nak tengok jangan lupa ajak ye.

wassalam =)