Wednesday 4 April 2007

Assalamualaikum wrb wt.

heh. sekian lama ku biarkan kekasihku ni tersadai.
maaf lah, walaupun ku cuti tapi keadaan dan masa tak mengizinkan
chet! mana punya sibuk aja eh.
hmm, cuti tinggal lagi kurang seminggu lebih.
macam cepat aja masa berlalu.
boleh minta dipanjangkan lagi tak? :D

imbasan hari-hari yang lalu.
setiap hari Sabtu, ana ada sesi Youth Alive di Masjid En-Naeem.
ada 6 sesi kesemuanya. seronok banget. kita belajar mengenai sejarah Islam. [Islamic civilization]
dari zaman Nabi hinggalah ke zaman yang beraruskan pemodenan dan berkiblatkan budaya hedonisme.
chedebah!!! takleh angkatz beb, bahasa.
haha.
Ahad lepas, ada sambutan Maulidur Rasul di Stadium Woodlands.
pagi ada aktiviti seperti bersenam, pertandingan futsal, dikir barat dan lain lagi.
sayangnya, ana sampai waktu Zohor, dah takde aktiviti lagi.
aktiviti seterusnya akan bermula pada jam 6 petang.
jadi dalam kul 3 lebih, ana dengan brothers & sisters yang lain pulang ke Al-Iman sebentar.
siapkan tanda nama untuk sukarelawan malam nanti.
alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. penat juga kita semua tapi berbaloi :)

semalam, ana bersama sis Aqilah & sis Nora ke Al-Iman.
tolong Ustaz buat data-entry.
bayangkan, ringfile yang besar gedabak tu. ada 4 kesemuanya.
nak kene taipkan segalanya ke dalam Excel. mautz sey.
lol. takpe, ni kerja ikhlassss~
malamnya ana ke rumah nenek. tidur sana semalaman.
pagi tadi, ana hantar nenek serta atok ke lapangan terbang.
doakan agar mereka selamat pergi dan pulang dari umrah yea.

esok, ana akan sambung kerja kat masjid lagi.
petangnya takde pape rancangan. sesiapa yang nak ajak keluar tu.
jangan tidak eh~ hehee.

oklah, ana minta diri dulu yea.
pape tinggalkan pesanan.
Wassalam =)



----------------------------------------------------------------------

aku cuba untuk mendekati.. tapi engkau tiada peduli..
sudilah kau memahami.. ketulusan hati ini..

No comments: