Friday 14 May 2010

Random II

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Hmmm. Sebenarnya tak tawu afer nak cakap. Mungkin sekadar mahu memenuhi keinginan untuk buat entri.
(macam paham)

Hidup macam biasa juga. Kadang² kita akan terbang tinggi ke atas, kadang² turun menjunam ke bawah. Setiap hari kita akan pelajari sesuatu perkara baru yang boleh membantu dalam pencernaan informasi dalam otak. Dalam perjalanan hidup seharian, kita pun boleh berjumpa dengan teman baru kan.. =) Yang penting, tanggungjawab sebagai seorang Muslim tak boleh diabaikan.

Aku tak cakap aku ni dah layak untuk menyandang gelaran Muslimah sejati. Tapi setiap hari akan ku usahakan sesuatu untuk menjadi antara yang terbaik (= Hmmm. Secara fitrahnya, setiap insan tu inginkan sesuatu yang sempurna. Aku tak nafikan aku pun mungkin tergolong di dalam kategori 'setiap insan' tu. Hehs. Tapi entahlah, tak ramai yang sedar, disebabkan keinginan untuk mencari kesempurnaan tu, kadang² harus lakukan pengorbanan. Dari segi apa, tu tertakluk pada keadaan - perasaan, kemahuan yang lain, keluarga, teman dan sewaktu dengannya. Boleh jadi kita akan berubah menjadi seseorang yang mementingkan diri sendiri, sebab kita tidak akan sedar, dalam mengejar kesempurnaan, kita melukakan perasaan orang lain yang ambil berat tentang kita =( U.F cakap berdosa walaupun ia nampak remeh.

Apape pun~ kita hanya mampu berusaha dan mendoakan yang terbaik. 

Okaylah. I'll stop blabbering for now. still counting down the days to the fly-off. Flight ticket booked =) Korang takmo sedih tau bila aku dah takde.
sayang korang.

korang pun mesti sayang aku okay? ;D

Wassalam.

p/s: 'ala kulli hal bittaufiq wannajah.

No comments: