Wednesday 6 June 2007

Assalamualaikum wrb wt.

chaak!
tak takot kan.
tau takpe.
ok merepek.

di sini ku berdiri. eh bukan. ku duduk di atas kerusi di hadapan 'riba atas' atau terjemahan secara langsungnya adalah 'laptop'. maaf jika ada pihak yang keliru.
saya di sini ingin mengumumkan bahawa esok saya sekolah.
chet. dah macam pengumuman nampak anak bulan plak. kehkhe.
yelah yelah. ku bersungguh-sungguh nie.

di sini ku duduk, untuk kemaskinikan diari mayakus yang dibiarkan sendiri di pinggiran Aidilfitri. eh bukanlah. 'last warning' eh Ayn.
yelah, ku meminta maaf kepada si kasut dan sitikus kerana membuatmu membaca dan menunggu kehadiran 'entry' yang terkini. (tk ikhlas sungguh)
maaf eh sis Shu dgn bro Mail =P
'nie ku nak 'update' nie hah.. nampak tak?

hmm, alhamdulillah, acara 'Nite Cycling' berjalan dengan agak lancar walaupun sudah menjadi fitrahnya sesuatu perkara tu mesti ada yang berlaku di sebalik tabir. terharu juga bila ku lihat jumlah peserta yang hadir malam tu. yelah, semasa mesyuarat agung yang terakhir, semua rasa gerun dan bimbang dengan jumlah peserta yang sedia ada. tak mencapai sasaran yang ditetapkan. tapi alhamdulillah, berkat usaha semua yang terlibat nampaknya membuahkan hasil.
chet. pekat sey bahasa. =P
seronok banget tau malam tu. berbasikal melawan arus angin membelah kepekatan malam. bro Ju, sis Shu, sis Wirda dan sis Nora setia menemaniku di belakang. hehee. sayaaaaaang korang.
Shu, jangan kau bimbangkan hatiku lagi ye. aku sayang kau tau. semua sayang kau tapi aku sayang lebih. hee. jangan salah paham.

walaupun ku penat semacam aje sakit sana sini, namun ku gagahi diriku (fuh! gagah.) untuk meneruskan dan menamatkan acara pecut. eh berbasikal. yeah! majulah sukan untuk negara.

hmm, kalau tak silap, semalam ade seorang teman beritahu, bulan September nanti Fityan Ghufran pun nak adakan acara berbasikal. Assyafaah MY pun sama, dalam bulan Disember tapi 'family-based' pula. wah wah. dah mendapat sambutan hangat eh. satu nasihat aje. kalau sewa basikal, sewakan yang tempat duduknya macam sofa eh. sodap sikit naik. lol!

minggu ke lapan persekolahan nie, para guru semua nak habiskan modul mereka. minggu depan minggu ulangkaji dan minggu depan punya depan, ku akan duduki peperiksaan. hari Isnin kertas 'Nursing Studies' dan esoknya plak kertas 'Bio Science II'. tak silap gitu lah urutannya. ada baik buruknya juga kertas diadakan waktu petang. tapi takpelah. aiman tak kisahhh....

minggu ni ada sesi perkhemahan anjuran ITE MS. tak tau nak pergi ke tak. sebab bertembung dengan temu janjiku bersama doktor. =) tgklah macam mana ye. doakan yang terbaik.



oklah, sampai di sini duluan ya.
macam dah panjang gitu kan, kalau best baca takpe gak.
heh. pape tinggalkan pesanan ye.
Wassalam =)



P/S: kepada yang terlibat, maceh.
Wirda - 'maintain' anggun selalu yea. jaga diri bebaik bila panjat gunung tu nanti.
Shu - aku tahu kau boleh. tapi jangan dipaksa. ku di sini untukmu.
Nora - nie dia teman seperjuanganku. lain kali kita naik basikal lagi eh. maceh sebab belanja aritu.
Mail - hee. yang dikacau oleh sHu. sy akan tetap ingat lori 23 inci awak tu ehh :P

No comments: