Sunday 29 July 2007

Assalamualaikum wrb wt.


macam tak terasa pula waktu hujung minggu ni berlalu.
bila sedang bekerja, asyik terfikir aje bila nak hujung minggu.
bila dah tiba saatnya, seperti angin berlalu begitu saja.
cey, berkias plak eh makcik nie.

Rabu lepas, ku berpeluang untuk masuk ke tempat bayi
yang diberi nama 'Nursery'.
sepanjang hari ku kerja di dalam. rasanya seronok sangat.
rasa gerun juga bila harus mandikan bayi. berharga sekali. menggigil rasanya bila kak ayn harus mendukung bayi dan mandikannya. lembut sungguh. ish ish.
kalau ada yang menangis, berilah mereka susu. hee.

hari khamis plak, ku di wad semula. syif petang.
hari tu, ku seorang aje pelajar ITE yang bertugas. ish ish. sungguh membosankan. ish ish.
entah kenapa hari tu tak banyak sangat kerja yang dilakukan.
haha. maklumlah, ku diberi tugas untuk menjaga 2 bilik yang hampir kosong.
8 buah katil semuanya, tapi cuma 2 katil saja yang ada penghuni.
nak jaga apa pun ana tak tahu eh. rasanya lebih bagus kalau ana bua kerja sendiri.
nak bergaul dengan pelajar nYP, mereka lebih seronok buat kerja sendiri juga.

hari Jumaat, ku bertugas syif pagi.
dan ku bertugas di wad 22. 'Delivery Suite'.
ana rasa kalau korang dengar perkataan 'suite' tu, mesti dah terbayang
bagaimana rupa wad tersebut. aduhai. ana rasa bilik hotel pun kalah sey.
sebelah pagi, ana dapat menyaksikan satu pembedahan yang digelar pembedahan 'Caesarean'.
ia boleh menjadi satu permintaan dari pesakit yang tak mahu rasa sakit ketika bersalin.
ataupun kadang-kala ia menjadi satu keharusan bagi seorang pesakit tu jika ingin selamatkan kandungannya.

chey! doktor ayam bercakap jap.
nasib baik ana tak pengsan ketika itu. terlampau banyak sangat darah yang ada.
tapi alhamdulillah, pembedahan tu berjaya. rezeki si pesakit tu.
ini adalah kandungan yang kedua.
yang pertama beberapa tahun dulu tidak dapat diselamatkan atas sebab tertentu.

sebelah petang pula, ku dapat saksikan cara bersalin yang biasa.
sejak ku kembali semula dari bilik pembedahan, ku mula menunggu.
sampai makan pun cepat-cepat. takut terlepas peluang.
nasib baik tak tercekik. kang satu hal plak.
ish ish. alhamdulillah, dalam 2 petang gitu, ada pesakit yang dah tiba masanya nak bersalin.
kelam-kabut sekejap.
semuanya selesai sebelum jam 3 ptg.
masa untukku pulang.


maka, tamatlah secara rasmi 'Mother & Child' postingku ini.
esok ku akan bertugas di wad64, wad berhubung dengan 'Gastro'.
tak tau camner nak cakap.
dan harus ku kejarkan sebanyak kemahiran yang boleh dalam masa 3 minggu akan datang ni.
doakan yang terbaik buatku.

Wassalam =)

No comments: