Sunday 8 July 2007

Assalamualaikum wrb wt.



holaa.

helo. hi.

chaak!

booooom!



maaf ler, dah lama tak celoteh kat sini.
rasa macam mim alep lam sin plak nak menaip kat sini.
kadang-kadang tu, dah mulakan mukadimah. tetapi mesti ada halangan yang harus ditempuhi dengan tabah.
contohnya adalah perhatian lebih ditumpukan kepada permainan komputer atau ade berlakunye kesilapan teknikal, akademik dan ekspres.

hmm.
esok dah mula semester persekolahan.
namun ku ada lagi seminggu cuti sebab kan ku nak masuk 'attachment'.
weeee! alangkah bahagianya bila ku masih punya waktu untuk tidur lewat.
hua hua hua.
harus ku menikmati detik-detik terakhir cutiku ini sebelum menempuhi dugaan yang bakal tiba bila di tempat kerja nanti.



imbasan.



lepas kertas terakhir hari tu, tap tup tip top, ku bergegas ke Al-Iman bersama Sis Nora.
beberapa minit sebelum Isyak, barulah penolong setiausaha tersayang sampai bersama temannya.
mesyuarat yang dijadualkan mula lepas Maghrib dimulakan pada jam 9malam dan berakhir pada jam 11.
esoknya, ku keluar bersama sang beruang dan temannya. berjalan di sekitar Sim Lim segi-empat. ku tak sedap hati pulak bila sang beruang dan temannya ingin mewarna 'riba atas' kesayangan menggunakan penyembur warna. penyembur dibeli di sebuah kedai seni. tapi apakan daya, kekataku dibalas dengan 'jangan takut lah. takde apa-apa yang akan terjadi'.
lusanya, ku terpaksa menemankan sang beruang ke Sim Lim segi-empat lagi untuk menghantar 'riba atas'nya yang telah jatuh sakit.

hah kan, dah ku katakan semalam. gara-gara tak menutup tempat penghubung dengan betul, semburan termasuk ke dalamnya. tu lahh. bijak ajaib sangat kan.

minggu kedua, ku tak keluar sesangat.
sekadar menemankannya ke klinik untuk pemeriksaan.
minggu ketiga. hari selasa petang ku ke Johor sebentar bersama ibuku. sekadar berjalan-jalan tukar angin dan hantar baju untuk dijahit. wehehee. dah lama ku tak jejak ke Johor.
hari Jumaat, ku ke masjid sebentar untuk mesyuarat kecil MYSPEX '07. ku bawa sekali kekasih cilikku bersama. aduhai. dah jadi macam mak budak plak ku pimpin si dia. dengan beg Barney yang ku pakai. lepas itu, ku hantarnya pulang ke rumah kemudian beransur ke Lot1 bersama sis Abshah & sis Nora.
semalam, ku bermain badminton bersama sis Abshah, sis Nora dan sang beruang (<--sekadar untuk menambahkan bilangan orang je). kita nak berlatih untuk pertandingan badminton MYSPEX '07 pada hari Sabtu depan. doakan kejayaan kami ye. chedebah.

tinggal seminggu aje lagi sebelum ku memakai seragam sekolah semula. 2 minggu pertama, ku akan ada 'posting' istimewa iaitu 'Paediatrics' dan 'Mother and Child' posting. alhamdulillah, tak usah ku ke KKH, kumpulanku bernasib baik. lebih sikit duit gajiku. hee.
kemudian, untuk 3 minggu, ku akan ke 'medical ward' sebelum ke IMH selama 2 minggu seterusnya dan 2 minggu di 'surgical ward'.

nampaknya, tu ajelah buat masa ni. tak tau bila lagi ku nak kemaskinikan diari maya ni. doakan agar ku selalu rajin lah eh. hee.
semoga berjumpa lagi eh.
kalau ade sesiapa yang merindui diri ini, janganlah segan untuk ajak ku keluar.
Sekian. Wassalam =)

No comments: