Sunday 3 September 2006

Assalamualaikum wrb.

heyys.
hmm, rasa bosan menyelubungi diri hari ini. sepanjang hari duduk pat rumah ajer. bangun pagi, mandi, sarapan, terus terkam komputer. entah hantu mana yang rasuk, masuk Fster terus tambah jumlah kawan. tapi hampir semuanya kaum muslimah ajer. nak tambah kaum muslimin, nanti orang ingatkan aperr. khekhex. tapi 'nawaitu' tetap ada ;P

sambil-sambil tu, member basuh kain, jemur kain, angkat kain, lipat kain.. jual kain pun ade sebenarnye. hees, ok tu part dah ter'over' plaks. sebenarnye hari ni dah ade misi tersendiri.. nak jumpa Dyno & Chic. tapi disebabkan Chic nak kene 'report' ke sekolah sebelum malam, terpakselah misi tu dibatalkan. member apa lagi, dah penat jelajah alam siber & berkawan dgn kain, dia pun meneruskan misinya menjelajah alam mimpi hingga ke larut petang.

adoi, aperr punya anak pompuan lah dierr ni. mim alif lam sin sungguh.

mulia sungguh hati sesiapa yang mengejutkan member dari alam fantasinya. pukul 7 plak tuh! mak oi! kemudian brader member ajak pi tgk perlawanan bolasepak Singapura vs Thailand kat CCK stadium. member pun menyiapkan diri dalam masa yg terpantas. sampai sana dlm masa 10 minit selepas perlawanan dimulakan. kalo ader sesafer yang nampak member tadi tuh, janganlah tegur ehk. paiseyy lahh weii.

perlawanannya nak dikatakan boleh tahan jugak lah. dah adat si penonton agaknye, berteriak sana sini.. macamlah dia yang beraksi kat padang tu. memanglah kadang-kadang 'frust' bila kita sebagai penonton nampak kesilapan yang sebenarnye boleh dielakkan. cuba kita yang jadi pemain kat situ, rasa-rasanya tak ambil hati ke dengan reaksi penonton? chey! dah macam ahli pembahas plak dahh. hmm, keputusannya pun dah kire okk jugak lah. Singapura 1-Thailand 0.

dah sahh memang, hari ni rasa bosan sesangat. ingatkan ader sesafer yg boleh diajak berborak, tapi nampaknya semer tgh menyibukkan diri dgn hal memasing. msg sana sini, tu pun sorang dua je yg balas. tapi skejap jugaks. iskk. kang member merajuk, pandai pulak nak cari nanti. *bluekss* padan muka member.

oiyye. dah ler yer. rasenye mcm blum ade apa-apa lagi yang nak ditulis. member berhenti jap eh. nanti disambung lain masa :D

--------------------------------------------------------------------------------------------

* Keteguhan cinta masih di hati namun keberaniannya masih tersembunyi. Haruskah dibicarakan tentang kesetiaan dan kasih sayang yang memungkinkan sebuah lagi kehilangan atau perlukah terus memendam rasa, saling berhadapan tanpa mengungkit apa-apa pun suara sukma? *

No comments: