Sunday 10 September 2006

Assalamualaikum wrb.. Bismillah..

huhuu.
letihnya beta.. eh i mean!

hehee.. yer lah. berita untuk hari ini..
kalau panjang sangat, maaflah.
dengan segala hormatnya, tekanlah butang 'X' di atas sana nun =)

paginya, ada jualan secara kecil-kecilan @ lompang road.
jumpa ustaz Amin @ Masjid Al-Iman. janjinya pukul 8.15 tapi hadirnya kot jam 8.40.
hehee, takpe lah. understand understood ajer lahh.
tapi yang bagusnya, semua pakai warna sedondon.
tema warna ialah, putih & biru. i like~
selepas itu, kita ber-enam pun berhijrah ke tempat yang dimaklumkan.

sesudahnya sampai, mereka yang terlibat tgh sibuk siapkan gerai kecil memasing.
para beliawan & beliawanis dikehendaki untuk menjaga ruang permainan.
di situ ada permainan capteh, batu serembat & congkak.
powerrr beb! semua permainan tradisional.

terkenang zaman polis nak mula pakai seluar panjang.
dan cheq telah memberikan pertolongan, sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak penganjur.
iaitu tolong mainkan congkak.

bayangkan lah, hampir 4 jam cheq duduk bersila kat situ.
semuanya gara-gara nak tuntut kembali zaman kegemilangan main congkak.
tak mungkin cheq akan kecundang di tangan seorang gadis

yang bernama Aisyah!
biarlah selama 3 jam pertama, cheq cuma punya '2 rumah' ajer.
yang lain semua dah 'terbakar'.
pada detik-detik terakhir..
akhirnya, kemenangan berada di pihakku.

dalam pukul 1 lebih, cheq dgn Aisyah undurkan diri dari situ.
niat hati nak jemaah di masjid, tapi Aisyah ikut pulang sebentar ke rumah.
dalam pukul 2 gitu, cheq dgn Aisyah pun memulakan perjalanan ke MRT.
semasa di dalam gerabak tuu..

Dia: "Kita jumpa yang lain kat Toa Payoh"
Ana: " Ok. Kita ikutkan ajer."
Dia: "Masa nak balik tadi tu, ada jugak lagi berapa belia datang kan.."
Ana: "A'ar. Dah lama jugak tak bersua muka. Rasa-rasanya kita ada nampak Najib juga tadi"

Dia: "Iyerr. Dah lain sangat dah si Najib tuh. Dulu masa 'one day event' tu orgnya kecik je"
Ana: "Hehee. Tu lah dier. Sekarang ni macam dah terlebih kecik plak"
Dia: *ketawa kecil* "Tu lah. Tadi kita nampak dia asyik tenung awak ajer"
Ana: "Huh? Kita tgk dia ok ajer"
Dia: "Betul lah awak. Dari mula-mula dia sampai, dia terus pergi kat tempat permainan tu. Pastu kita nampak dia tenung awak jer. Ni mesti ade pape ni.."
Ana: "???. Err..."


apalagi yang harus ku lakukan, selain dari senyum ajer..
semuanya berjalan dgn lancar.
sebelum pulang, singgah sebentar di Al-Azhar untuk mengisi perut

4 gadis metropolitan.. eh bukan. 4 gadis manis yang bertudung.
duduk di tengah-tengah. tak ke kiri atau kanan.
kadang-kadang menjadi sorotan mata yang bertandang ke situ.
senyuman dan tawa riang menghiasi ruang makan.
tapi tak sampai menarik perhatian.
astaghfirullah al'azim..

selepas itu, semuanya beransur pulang.
tirai malam dah pun berlabuh sepenuhnya..
kenangan manis yang tersulam akan ku abadikan..

alamak, part ni touching the heart sesangat.
hehee. ok lah. cheq nak undurkan diri dulu.
nak berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan hidup yang mendatang.
ewahh.
esok ada praktikal solat. weeee~
doakan kejayaanku untuk menjadi pelajar cemerlang.
sekali lagi...

Salam sayang... Assalamualaikum wrb.

No comments: