Monday 12 October 2009

Adam, mengertilah..


Adam,mengertilah..
Hawa bukanlah insan yang kuat
bukan juga insan yang bisa menahan nafsu
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas
tewas dengan godaan syaitan & nafsu sendiri.

Adam,mengertilah..
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yang terbaik
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj
perfume, make up, perhiasan
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya
namun mengapa masih Adam tertarik pada Hawa
yang serba kekurangan ini.

Adam,mengertilah..
Hawa ini berjiwa lembut
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta
Hawa tahu permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat
namun, Hawa lemah...
Hawa takut zina hati.

Adam,mengertilah..
setiap kali 'sms' diterima
Hawa keliru
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja
tapi Hawa akur tuntutan sahabat
Hawa tewas.
Hawa reply juga
mengenangkan Adam adalah sahabat.

Adam,mengertilah...
setiap layanan yang Hawa beri hanya sekadar membantu
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yang dikurniakan buat Adam
memudahkan perjalanan hidup Adam
jangan disalah tafsir apa yang Hawa berikan.

Adam,mengertilah..
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa
namun, bukanlah 'couple' yg Hawa pinta
tapi cukuplah sekadar tidak memandang Hawa
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa
jangan dipinta apa yang tak mampu Hawa berikan
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya.

Adam,mengertilah...


-------------------------------------------------------
p/s: i was very wrong. so totally damn wrong. *wipes away tears* ya Allah. aku terlalu leka.

1 comment:

Ainur Mustika said...

Adam.

Hawa dah jumpa Adam. cuma mungkin Adam ditakdirkan untuk Hawa yang lain.

=))
alhamdulillah.
semoga dia yang terbaik.