Thursday 8 October 2009

Sesaje aje..

Assalamualaikum wrt wb.

*stretch her arms and legs*
tak tau lah afersal dengan kaki gwe ni. rasanya dah seminggu lebih rasa sakit. gwe tak boleh turun naik tangga sebab rasa sakit & ngilu kat 'shin area' situ, bawah lutut sampai ke bawah. macam kene cucuk dengan besi. kalau jalan tak rasa sangat. hmmm. hopefully it's nothing serious kan.

tak fasal2 kena duduk hospital lagi & setiap malam makan SaraLee Strawberry Cheesecake sorang2. heh. *pekik kat syari - "4 kotak pleaseeeeee! ;D"

sebenarnye niat hati nak buat entri fasal sesuatu, tapi ilham takde plak. dah kene writer's block. (betul tak perkataan tu? ku hembus ajek) takpe, kita Wiki sejap. *wiki wiki!- step macam toyol dalam citer JPBC)

"Writer's block is a condition, associated with writing as a profession, in which an author loses the ability to produce new work. The condition varies widely in intensity. It can be trivial, a temporary difficulty in dealing with the task in hand. At the other extreme, some "blocked" writers have been unable to work for years on end, and some have even abandoned their careers."
>> Wikipedia.com
--

chebah. bunyi macam dahsyat aje. kesian eh. kalau seorang penulis tu kena benda ni, boleh sampai tak buat kerja sebab minda dia macam dah tak boleh berfungsi aka beri ilham. tapi kondisi ni ada beberapa faktor yang mengakibatkan ia terjadi la kan. kalau sekadar kekurangan ilham atau sumber inspirasi tu, tak salah tu sekadar tahap pertama je. tak teruk sangat. nak tahu lebih lanjut, gi Wiki sendiri please!

okay, macam dah jauh tersasar dari topik utama. dan tiba2 ana dah dapat ilham sikit. (macam paham) next!

--
hmmm. apakah matlamat sebenar seorang manusia tu diciptakan? yang ditiupkan roh ke dalam jasadnya dan diberi peluang bernafas & hidup di bumiNya ini?

lain orang, lain bicaranya. yang paling terkenal ialah 'kita hidup untuk beribadah'. memang betul pun. segala sesuatu diciptakan dengan adanya satu tujuan. matlamat asal setiap makhluk diciptakan ialah untuk beriman & beribadah kepada Sang Khaliq. khususnya manusia, makhluk ciptaanNya yang mengagumkan dan penuh misteri - dikurniakan akal & nafsu untk kegunaan yang sepatutnya.

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adh-Dhariyat: 56)"

cakap memang senang, tapi sebetulnya, adakah kita sebagai khalifah mengamalkan segala perintah & tinggalkan apa yang dilarangNya? kita yakin ke kita sembah yang sepatutnya disembah, bukan berhala ataupun manusia lain akibat terlalu taksub dengannya? ada yang patuh tapi macam acuh tak acuh atau langsung tak buat tapi macam paham pulak bila depan orang. tsk. ana tak cakap diri ana sempurna. tanpa disedari, mungkin diri ini pun sebenarnya dalam salah satu kategori tu. Ya Allah, ku mohon jangan Kau sesatkan diriku.

pernah ana bertanya kepada seorang sahabat. Ana tak cakap afer2 pun tapi hanya mengangguk dan diam bila dia jawab - "hidup untuk ape? entah ehh. kita pun tak tahu."
hmmm, ia bukan sesuatu yang memeranjatkan. memang ada di antara kita yang akan beri jawapan sebegitu. mungkin kurang diberi pendedahan kepada perkara sebegini atau masih kabur mencari 'kebenaran'. semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka. Amin.
--

kalau nak bincangkan perkara ni, sebenarnya ia sesuatu yang berterusan dan perlu dibincang bersama yang lebih arif dan matang. kat sini ana cuma sekadar mencoret afer yang terlintas di fikiran aje iaitu permukaannya. tak mahu ana menjauh ke dalam, bimbang nanti boleh menjadi fitnah. ana mohon maaf andai ada yang tersinggung.

hmmmm. sampai di sini dulu. nak rehat sebentar sebelum memulakan hari baru (=

Wassalam.
----------------------------

p/s: *cuit hidung abang sayang* chehhhh... ade orang merisik tentangmu =)

No comments: