Friday 16 September 2011

Wahai Wanita

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~

Tuhan menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini. Tanpa wanita, dunia ini terasa terlalu kelam, sempit - tidak seronok untuk didiami. Kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam A.S. pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada Allah S.W.T agar dikurniakan seorang teman agar boleh dia berbicara, bergurau senda & membina sahsiahnya. Maka terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A.S & segala kenikmatan syurga di sekeliling terasa wujud.

Sesungguhnya..... ~~~

Tanpa Siti Khadijah, barangkali Rasulullah S.A.W tidak mendapat 'dorongan' yang amat diperlukan untuk terus bangkit, berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebar Islam sebagaimana semestinya.

Tanpa Aisyah r.a, barangkali banyak hadis Rasulullah S.W.T tidak sampai ke umat Islam seluruhnya.

Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulullah yang amat disayanginya.

Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu.

Tanpa Masitah, barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanannya meskipun maut di depan matanya.

Tanpa Permaisuri, siapakah lelaki yang digelar Raja.
Tanpa Isteri, siapakah lelaki yang digelar Suami.
Tanpa Wanita, siapakah lelaki yang mahu digelar pemimpin.
Tanpa Perempuan/Ibu, siapakah lelaki yang digelar Ayah.
Tanpa WANITA, siapalah lelaki kerana LELAKI datangnya dari rahim seorang WANITA.
Seorang wanita terutama yang sudah bergelar isteri cukup mudah untuk memasuki syurga.

Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]

Namun, seorang wanita amat mudah juga dilemparkan ke dalam api neraka, Nauzubillah~
Segalanya bergantung kepada ketaqwaan dan keimanan seseorang itu.

Renung-renungkanlah... :)

"O you who have believed, let not your wealth and your children divert you from remembrance of Allah . And whoever does that - then those are the losers." - [Surah Al-Munafiqun]

No comments: